Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Forsep Bipolar - Sutter Bison Bedienungsanleitung

Bipolare zange
Vorschau ausblenden Andere Handbücher für Bison:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 1
Melayu
Produk / Pengguna / Pelupusan:
Kelengkapan pembedahan elektro hanya dibenarkan untuk kegunaan dan pelu-
pusan oleh pegawai perubatan yang terlatih! Alatan dilupuskan mengikut garis
panduan di hospital untuk objek yang tajam dan tercemar secara biologi
Pernyataan ini tidak menggantikan pembacaan arahan penggunaan bagi pem-
bedahan elektro dan kelengkapan yang lain. Sila rujuk IEC TR 61289 atau DIN
EN 60601-2-2 Tambahan 1 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan keselamatan
elektrik.
a Tidak steril. Cuci dan steril sebelum penggunaan kali pertama dan penggu-
naan seterusnya.
Penggunaan Yang Dimaksudkan:
Forsep Bipolar digunakan untuk memegang, melaksanakan koagulasi dan memo-
tong tisu lembut dalam tatacara pembedahan invasif yang minimum.
Jangka hayat operasi:
Apabila digunakan dengan betul, ia seharusnya boleh digunakan semula seku-
rang-kurangnya sebanyak 20 pusingan. Ini bergantung kepada tahap keamatan
penggunaan dan parameter yang digunakan.
Kabel pembedahan elektro:
Forsep Bipolar Sutter hanya sesuai digunakan dengan kabel silikon bipolar dan
penyambung berpin dari Amerika Syarikat atau penyambung rata dari Eropah
yang dikilangkan Sutter Medizintechnik GmbH.
Komponen (FIG A):
1 bahagian rahang bergerak
2a syaf
2b roda untuk putaran 360°
3 butang katup
4 palam
5 bahagian pemegang bergerak
6 bahagian pemegang tegar
7 batang elektrod (termasuk bahagian rahang)
8 tiub penebat
Sebelum penggunaan:
a Periksa produk dari segi kebersihan, keutuhan penebat dan fungsi mekanikal
setiap kali sebelum penggunaan.
Kami mengesyorkan pemeriksaan penebat dijalankan menggunakan set ujian
yang sesuai.
a Hanya gunakan produk yang sempurna dan disteril!
Kelunturan warna pada hujung alatan yang tidak melekat adalah satu perkara
biasa dan tidak berbahaya.
Hanya sambungkan forsep dan kabel kepada unit pembedahan elektro yang telah
dimatikan atau yang berada dalam mod sedia.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kebakaran atau renjatan elektrik!
Tempat Pemasangan (FIG B):
B1: Tolak tiub penebat (8) ke atas syaf (2a).
B2: Bawa peranti elektrod (7) sehingga ke penghenti dalam syaf (2a).
B3: Pegang roda (2b) dan pusingkan sebanyak 6 kali sehingga ia berhenti untuk
mengetatkan elektrod (7). Penguliran perlu bergerak dengan lancar, jangan con-
dongkan.
a Jangan sentuh aplikasi elektrod (7) pada bahagian rahang (1) (yang sedang
bergerak).
B4: Tutup hujung rahang, jika perlu pegang bahagian yang ditutup dengan jari.
Tekan (3) butang katup untuk memudahkan kemasukan syaf. Pegang pemegang
seperti gambar supaya pemegang boleh laras bahagian (5) bergerak ke bahagian
belakang atau boleh dibawa ke hadapan.
Tinggalkan pemegang boleh laras bahagian (5) di belakang.
Tolak syaf (2a) dengan peranti elektrod (7) terus ke bahagian pemegang. Kem-
balikan semula bahagian pemegang dalam kedudukan normal dan cangkukkan
butang katup.
Roda (2b) mesti berputar 360°, bahagian rahang (1) haruslah mudah dibuka dan
membolehkan penutupan semasa pergerakan bahagian pemegang.
Hanya sambungkan alatan ini dengan betul kepada output bipolar dalam unit
pembedahan elektro.
B5: Jalankan ujian fungsi ringkas sebelum penggunaan.
Pilih keamatan sederhana atau tetapkan kuasa 30-40 watt ke unit pembedahan
elektro, apit dengan tiga lapisan kain lembap di antara bahagian rahang dan hidup-
kan elektrik. Jika unit berfungsi dengan betul, wap akan kelihatan selepas 2-3 saat.
a Jangan pegang hujung alatan! Bahagian rahang boleh menjadi panas!
Semasa penggunaan:
Sentiasa menggunakan kuasa tetapan yang paling rendah bagi mencapai hasil
pembedahan yang dikehendaki.
a Voltan maksimum yang dibenarkan adalah 650 Vp
Tetapan yang disyorkan:
• Kuasa: Pemotongan bipolar / penggumpalan bipolar maks. 100 W
• Kesan saiz (jika berkenaan): Tetapan sederha
• Jika terdapat percikan api di kawasan hujung, kurangkan kuasa / saiz kesa
a Lap sisa tisu dan darah dari hujung rahang secara kerap.
a Hujung rahang boleh mengakibatkan kecederaan!
92
MS

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Diese Anleitung auch für:

730100-33730199-33730200-33730299-33

Inhaltsverzeichnis