Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Medtronic Extended Bedienungsanleitung Seite 147

Infusionsset
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 10
dengan set reservoir dan infusi yang baharu.
■ Untuk tidak ada penyaluran atau penggera
bagi Aliran Insulin Tersekat, rujuk panduan
pengguna pam.
■ Jangan gunakan set reservoir atau infusi jika
salah satu rosak semasa penyambungan.
Set reservoir atau infusi yang rosak boleh
menyebabkan penyaluran insulin terlalu sedikit
kerana kebocoran, yang boleh menyebabkan
hiperglisemia.
Langkah berjaga-jaga
■ Jangan gunakan jenis infusi lain tanpa
berunding dengan ahli profesional penjagaan
kesihatan untuk pengendalian yang betul.
Ahli profesional penjagaan kesihatan perlu
dirunding semasa memilih set infusi.
■ Pilih tapak sisipan seperti yang disyorkan
oleh ahli profesional penjagaan kesihatan.
Pemilihan tapak bergantung kepada rawatan
dan faktor khusus pesakit seperti komposisi
badan dan tahap aktiviti fizikal.
■ Pastikan tapak sisipan bebas daripada
kerengsaan kulit, seperti kemerahan, parut tisu,
atau pendarahan. Jangan sisipkan set infusi ke
dalam otot atau tulang. Berbuat demikian boleh
menyebabkan kesakitan atau merosakkan set
infusi. Jika set infusi tidak disisipkan dengan
betul, gantikan set infusi dan sisipkan ke tapak
baharu.
■ Jika perlu, buang rerambut di sekitar tapak
sisipan untuk memastikan pelekat melekat
pada kulit.
■ Jangan gunakan tapak sisipan yang terletak
di bawah tali pinggang atau ikatan pinggang,
atau di mana tapak ini terkekang oleh pakaian
atau aksesori. Penyisipan di tempat ini boleh
menyebabkan pemutusan sambungan set
infusi dan gangguan penyaluran insulin, dan
menyebabkan hiperglisemia.
■ Jangan letakkan semula set infusi pada
badan setelah pelekat diletakkan pada kulit.
Memasang semula set infusi boleh merosakkan
pelekat. Gantikan set infusi jika pelekat rosak.
■ Sentiasa semak glukosa darah dalam masa
satu hingga tiga jam selepas menyisipkan
set infusi baharu, atau selepas menukar
reservoir semasa menggunakan set infusi yang
sama. Ini akan mengesahkan bahawa jumlah
insulin yang disuntik mempunyai kesan yang
diperlukan pada kadar glukosa darah.
■ Periksa glukosa darah beberapa kali sepanjang
hari atau seperti yang disyorkan oleh ahli
profesional penjagaan kesihatan.
■ Rujuk ahli profesional penjagaan kesihatan
untuk membetulkan insulin yang terlepas dan
berapa lama pam boleh berada dalam keadaan
terputus.
Penyimpanan dan pembuangan
■ Simpan set infusi di tempat yang sejuk dan
kering pada suhu bilik. Jangan simpan set
infusi di bawah sinar matahari langsung, atau
dalam keadaan kelembapan tinggi.
■ Simpan dan kendalikan insulin mengikut
arahan pengeluar.
■ Buang peranti sisipan ke dalam bekas tajam
yang sesuai mengikut undang-undang
tempatan.
■ Buang set infusi yang telah digunakan
mengikut peraturan tempatan bagi sisa
berbahaya.
Kemalangan serius
■ Jika, selama penggunaan peranti ini atau
sebagai akibat penggunaannya, telah terjadi
kemalangan serius, laporkan kepada pengilang
dan pihak berkuasa nasional.
Jaminan
■ Untuk maklumat jaminan produk, sila hubungi
wakil sokongan Medtronic tempatan, atau
kunjungi:
www.medtronicdiabetes.com/warranty
Maklumat tambahan untuk ahli
profesional penjagaan kesihatan
■ Pertimbangkan rawatan dan faktor khusus
pesakit semasa memilih tapak sisipan.
■ Panjang kanula lembut harus berdasarkan
faktor rawatan dan pesakit seperti tahap
fisiologi dan aktiviti. Jika kanula lembut terlalu
panjang, kesakitan penyisipan atau penyisipan
ke dalam tulang atau otot mungkin berlaku.
Jika kanula lembut terlalu pendek, kebocoran
atau kerengsaan di tapak sisipan mungkin
berlaku. Dalam kedua-dua kes, infusi mesti
dihentikan dan kanula lembut yang baharu
dengan panjang yang berbeza mesti disisipkan
ke tapak sisipan baharu.
■ Maklumkan kepada pesakit bahawa pemilihan
tapak sisipan bergantung pada panjang kanula.
© 2020 Medtronic. Hak cipta terpelihara. Logo Medtronic dan
Futher, Together ialah tanda dagangan Medtronic. Semua jenama lain
adalah tanda dagangan syarikat Medtronic.
143

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis