Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Medtronic Extended Bedienungsanleitung Seite 146

Infusionsset
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 10
Cadangan penggunaan
Set infusi Medtronic Extended bertujuan untuk
digunakan bagi infusi subkutan ubat-ubatan yang
diberikan melalui pam luaran. Set infusi bertujuan
untuk penggunaan tunggal.
Pemerihalan
Set infusi Medtronic Extended mempunyai
kanula lembut 90 darjah. Ia dihantar sedia
untuk digunakan dalam peranti sisipan pra-muat
dengan penarikan balik jarum automatik. Ia
disediakan dalam keadaan steril dan bukan
pirogenik.
Penggunaan yang dicadangkan
Set infusi bertujuan untuk digunakan bagi infusi
insulin subkutan dalam rawatan diabetes melitus.
Rujuk panduan pengguna pam insulin Medtronic
untuk senarai insulin dan set infusi yang serasi.
Kontraindikasi
Set infusi ini bertujuan untuk penggunaan
subkutan sahaja. Jangan gunakan set infusi untuk
infusi intravena. Jangan gunakan set infusi dengan
darah atau produk darah.
Arahan am
■ Set infusi boleh dipakai selama maksimum tujuh
hari, atau mengikut label insulin, iaitu tempoh
yang lebih pendek antara kedua-duanya.
■ Jika set infusi digunakan buat kali pertama,
lakukan persediaan pertama di hadapan ahli
profesional penjagaan kesihatan.
Amaran
■ Jangan gunakan set infusi jika bungkusan
dibuka atau rosak. Bungkusan yang dibuka
atau rosak mungkin tercemar. Ini boleh
menyebabkan jangkitan.
142
■ Jangan gunakan set infusi melebihi tujuh hari
kerana ini boleh menyebabkan penyaluran
insulin, jangkitan, atau kerengsaan di tapak.
■ Jangan gunakan set infusi melebihi tarikh
Penggunaan, atau jika bungkusan dibuka atau
rosak, kerana kesterilan mungkin terganggu.
■ Jangan gunakan set infusi jika penutup
pemutus dikeluarkan. Sebaliknya, gunakan
set infusi baharu. Salah satu tujuan penutup
pemutus adalah sebagai ciri keselamatan
terhadap penembakan peranti sisipan secara
tidak disengajakan yang boleh menyebabkan
kecederaan.
■ Jangan tukar set infusi sebelum waktu tidur
kecuali glukosa darah boleh disemak dalam
satu hingga tiga jam selepas itu.
■ Jangan letakkan alkohol, pembasmi kuman,
minyak wangi, penyahbau, kosmetik, atau
bahan lain dengan pelarut pada set infusi.
Bahan-bahan ini boleh merosakkan integriti
set infusi.
■ Jangan sesekali menghalakan peranti sisipan
ke arah mana-mana bahagian tubuh yang tidak
mahu penyisipan dilakukan.
■ Sentiasa gilirkan tapak sisipan apabila menukar
set infusi. Penggunaan semula tapak sisipan
yang terlalu kerap boleh menyebabkan parut
dan penyaluran insulin yang tidak dapat diduga.
Semak panduan pengguna pam tentang cara
menggilirkan tapak sisipan.
■ Periksa tapak sisipan dengan kerap
melalui tetingkap jelas. Penyisipan dan
penyelenggaraan tapak sisipan yang tidak betul
boleh menyebabkan penyaluran insulin yang
tidak jitu, jangkitan, atau kerengsaan tapak.
Gantikan set infusi di tapak baharu jika kanula
lembut tidak disisipkan dengan betul.
■ Periksa ruang dan tiub kanula untuk
memastikan jika terdapat darah. Darah
boleh menyebabkan penyaluran insulin tidak
mencukupi. Ini boleh menyebabkan glukosa
darah tinggi. Gantikan set infusi di tapak baharu
jika terdapat darah.
■ Isi tiub sepenuhnya dengan insulin sebelum
penyisipan. Jangan tinggalkan udara di dalam
tiub. Jumlah insulin yang tidak terkawal dapat
disalurkan jika terdapat udara.
■ Periksa tabung untuk tersumbat atau kebocoran
jika bacaan glukosa darah tinggi. Tersumbat
atau kebocoran boleh menyekat penyaluran
insulin dan mengakibatkan glukosa darah tinggi.
Gantikan set infusi walaupun jika tersumbat
atau kebocoran hanya disyaki, tetapi tidak
dijumpai.
■ Jangan cuba membersihkan udara
atau tersumbat di dalam tiub semasa ia
disambungkan ke badan. Jumlah insulin yang
tidak terkawal mungkin disalurkan. Ini boleh
menyebabkan glukosa darah tinggi atau
rendah. Putuskan sambungan tiub sebelum
melaraskannya.
■ Jangan gunakan semula set infusi. Penggunaan
semula set infusi boleh menyebabkan
kerosakan pada kanula atau jarum dan mungkin
terjadinya jangkitan, kerengsaan di tapak, atau
penyaluran insulin yang tidak diduga.
■ Jika insulin atau cecair lain masuk ke
dalam penyambung tiub, ia boleh menyekat
saluran udara untuk sementara waktu yang
membolehkan pam mengisi set infusi dengan
betul. Ini mungkin menyebabkan penyaluran
insulin terlalu sedikit atau berlebihan yang
boleh mengakibatkan hiperglisemia atau
hipoglisemia. Jika ini berlaku, mulakan semula

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis