Herunterladen Diese Seite drucken

Cochlear Baha SP Bedienungsanleitung Seite 96

Werbung

Komplikasi yang mungkin: Kejayaan 100% tidak dapat dijamin .
Antara punca kegagalan osseointegrasi termasuklah kekurangan
kualiti/kuantiti tulang yang tidak cukup, trauma, jangkitan,
penyakit am dan komplikasi pembedahan . Pesakit perlu dididik
untuk menghubungi pegawai perubatan jika berlaku trauma
yang signifikan, jangkitan, kerengsaan pada kulit, kesakitan,
ketidakselesaan atau kehilangan implan . Jika kulit merosot
dan tumbuh kembali kepada ketebalan asalnya, pembedahan
membuang kulit mungkin diperlukan .
Langkah berjaga-jaga: Jangan pakai SP Magnet jika insisi
pembedahan tidak sembuh sepenuhnya .
Pemproses bunyi dan SP Magnet mesti dikeluarkan sebelum
memasuki bilik yang mempunyai pengimbas MRI dan untuk
sebarang rawatan yang melibatkan radiasi pengionan, seperti
X-ray, imbasan CT dan terapi radiasi .
Implan magnet tersebut boleh memberi kesan kepada maklumat
diagnostik/keberkesanan rawatan di kawasan sekeliling magnet
tersebut sewaktu rawatan dengan radiasi pengionan (cth; X-Ray,
imbasan CT, terapi radiasi) . Sila ambil kira perkara berikut sebelum
memulakan sebarang rawatan .
Maklumkan kepada pesakit atau penjaga pesakit bahawa
Sistem Baha Attract mengandungi bahagian kecil yang mungkin
berbahaya jika ditelan atau boleh menyebabkan tercekik jika
ditelan atau disedut .
Sistem Baha Attract mengandungi magnet yang harus diletakkan
jauh daripada peranti sokongan hayat, cth; perentak jantung
dan ICDs (implan pendefibril kardioverter) dan pintasan ventrikel
magnetik, kerana magnet boleh menjejaskan fungsi peranti-
peranti tersebut . Hubungi pengilang peranti tertentu untuk
mengetahui lebih lanjut . Hanya produk Cochlear yang sepadan
96

Werbung

loading