Herunterladen Diese Seite drucken

Cochlear Baha SP Bedienungsanleitung Seite 95

Werbung

SP Magnet boleh didapati dengan kekuatan yang berbeza . Jika
magnetnya terlalu lemah, pemproses bunyinya boleh terjatuh
dan jika ia terlalu kuat, pesakit mungkin berasa tidak selesa
atau mengalami kesakitan dan kerengsaan kulit . Jika SP Magnet
menyebabkan ketidakselesaan, cuba dahulu magnet yang lebih
lemah . Jika itu tidak membantu, lekapkan satu pad lembut SP
Magnet tambahan .
Ketebalan tisu lembut
3 mm
4 mm
5 mm
6 mm
Kontraindikasi:
a) Penilaian pra-operasi menentukan risiko yang mungkin timbul
akibat daripada prosedur peletakan implan tersebut dan kapasiti
pemulihan bagi tulang dan/atau tisu lembut yang berkaitan .
b) Kualiti atau kuantiti tulang yang tidak mencukupi .
c) Pesakit mempunyai ketebalan tisu lembut yang tidak
mencukupi .
Kanak-kanak boleh diberikan implan, tetapi rawatan pada awal
peringkat umur bergantung kepada penilaian pakar bedah
berkenaan dengan kedalaman tulang dan ketebalan tisu lembut .
Di Amerika Syarikat dan Kanada, peletakan implan pemasangan
tulang adalah tidak digalakkan bagi kanak-kanak di bawah umur
5 tahun .
Mulakan kekuatan SP Magnet
1
2
3
4
95

Werbung

loading