Herunterladen Diese Seite drucken

Cochlear Baha SP Bedienungsanleitung Seite 94

Werbung

Cochlear™ Baha®
MS
Arahan penggunaan SP Magnet
Penggunaan yang dicadangkan: Sistem Cochlear Baha
menggunakan konduksi tulang untuk memindahkan bunyi
daripada koklea (telinga dalam) dengan tujuan untuk
meningkatkan pendengaran . SP Magnet digunakan sebagai
sebahagian daripada Sistem Cochlear Baha untuk berfungsi
sebagai mekanisme penahan dan penggandingan antara magnet
implan Baha dan Pemproses Bunyi Baha .
Petunjuk: Sistem Cochlear Baha digunakan untuk pesakit dengan
kehilangan pendengaran konduktif, bercampur dan kepekakan
sensorineural sisi tunggal (SSD) .
Manfaat klinikal: Kebanyakan penerima penyelesaian
pendengaran konduksi tulang akan mengalami prestasi
pendengaran dan kualiti hidup yang lebih baik berbanding
pendengaran tanpa bantuan .
Bahan bacaan sokongan dan bengkel amali boleh didapati
daripada Cochlear . Sila layari www .cochlear .com untuk maklumat
hubungan .
Cochlear tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan
buruk yang diterima jika ia digunakan dengan produk yang tidak
disyorkan oleh Cochlear . Kerjasama rapat dengan pasukan antara
disiplin adalah penting untuk memperoleh hasil terbaik .
Pesakit harus mempunyai kualiti dan kuantiti tulang yang sesuai
untuk mendapat peletakan implan yang berjaya .
94

Werbung

loading