Herunterladen Diese Seite drucken

F&P AIRVO 2 Bedienungsanleitung Seite 13

Schlauch- und kammerset
Vorschau ausblenden Andere Handbücher für AIRVO 2:

Werbung

Kit Kebuk dan Tiub AIRVO™
900PT561
Indikasi Penggunaan:
Tiub pernafasan panas untuk penghantaran gas respirasi lembap.
Untuk digunakan bersama alat pelembap AIRVO™ dan myAIRVO™ 2
Series di hospital atau fasiliti penjagaan jangka panjang.
Untuk digunakan pada aliran dari 2 hingga 60 L/min bergantung pada
antara muka pesakit.
Antara muka pesakit yang sesuai: kanula hidung, penyambung
langsung trakeostomi, penyesuai topeng.
Spesifikasi Sistem:
Panjang Litar: 1.8 m (6 kaki) + antara muka
Pemasangan:
Letakkan alat pelembap AIRVO/AIRVO 2/myAIRVO™/myAIRVO 2
("AIRVO") di atas permukaan yang rata.
Antara muka pesakit OPT316/OPT318/OPT942/OPT942E/
OPT944/OPT944E/OPT946/OPT946E/OPT970/OPT970E/
OPT980/OPT980E/OPT1042/OPT1044/OPT1046 (OPT104x
mungkin tidak tersedia di semua negara).
Gunakan air suling/steril USP sahaja untuk penyedutan, atau air
yang setara.
Produk ini tidak boleh digunakan dengan mana-mana ubat.
Amaran: Penggunaan aksesori yang tidak diluluskan boleh
menjejaskan prestasi produk atau membahayakan keselamatan.
Untuk Kegunaan Di Hospital:
Produk ini bertujuan untuk digunakan selama maksimum 14 hari.
Jangan rendam, basuh atau sterilkan produk ini.
Untuk Kegunaan Di Rumah:
Produk ini bertujuan untuk digunakan di rumah selama maksimum
60 hari sekiranya arahan pembersihan dan penyelenggaraan
myAIRVO/myAIRVO 2 dipatuhi.
Langkah 1 - 7
Pasang dan sambungkan kebuk air.
Langkah 8
Pastikan aras air meningkat tetapi tidak melebihi aras air maksimum.
Aras air tidak betul Gantikan
kebuk MR290
Aras air yang betul dalam
kebuk MR290
Langkah 9
Sambungkan tiub pernafasan kepada AIRVO.
Langkah 10
Pastikan penyambung biru disambungkan sepenuhnya pada tempatnya.
Langkah 11
Sambungkan tiub pernafasan kepada antara muka pesakit sebaik
sahaja sistem telah melalui pemanasan. Letakkan tiub pernafasan
di bawah antara muka pesakit supaya pemeluwapan mengalir jauh
daripada pesakit.
Langkah 12
Sambungkan klip tiub pernafasan kepada pakaian atau alas katil
pesakit. Nota: penyambungan ke pakaian pesakit mungkin tidak
sesuai untuk semua kumpulan pesakit.
AMARAN
Untuk penggunaan seorang pesakit sahaja. Penggunaan semula
boleh mengakibatkan pemindahan bahan berjangkit. Cubaan untuk
memproses semula akan menyebabkan kerosakan bahan dan
kecacatan produk.
Penggunaan tiub pernafasan lebih lama daripada masa yang
dinyatakan boleh menyebabkan kecederaan serius termasuk jangkitan.
Jangan gunakan kebuk isian automatik MR290 jika kebuk itu
pernah terjatuh atau dibiarkan kering kerana keadaan ini boleh
menyebabkan kebuk terlebih isi.
Jangan gunakan kebuk MR290 jika paras air naik melebihi garisan
paras air maksimum kerana ini boleh menyebabkan air memasuki
salur pernafasan pesakit.
Jangan sesekali mengendalikan unit jika tiub pernafasan sudah
rosak akibat berlubang, koyak atau berpintal.
Jangan sekat aliran udara daripada melalui unit dan tiub pernafasan.
Untuk mengelakkan lecuhan:
Jangan biarkan tiub pernafasan kekal bersentuhan dengan kulit
dalam tempoh yang berpanjangan.
Jangan guna produk berhampiran api yang menyala untuk
mengelakkan kebakaran.
Jangan tambah haba pada sebarang bahagian tiub pernafasan
cth. menutup tiub dengan selimut, atau memanaskannya di dalam
inkubator atau pemanas atas untuk neonat, kerana tindakan ini boleh
menyebabkan kecederaan serius.
Langkah berjaga-jaga
Elakkan bersentuhan dengan bahan kimia, agen pembersih atau cecair
pembasmi kuman tangan.
Gunakan air suling/steril USP sahaja untuk penyedutan, atau air yang
setara.
Untuk mencegah pemeluwapan:
Gunakan di dalam bilik yang suhunya melebihi 18 °C (64 °F).
Alihkan/kurangkan sebarang keadaan yang boleh menyejukkan
tiub pernafasan panas, cth. kipas, penyaman udara dan tingkap
yang dibuka.
Untuk mengendalikan pemeluwapan yang berlebihan:
Letakkan AIRVO lebih rendah daripada kepala pesakit.
Alirkan pemeluwapan kembali ke dalam kebuk air.
Pada tetapan aliran sasaran yang lebih tinggi, mungkin ada
keperluan untuk mengurangkan tetapan aliran sasaran kepada
30 L/min terlebih dahulu bagi memastikan pemeluwapan
dialirkan secara selamat dan berkesan.
Cabut antara muka pesakit daripada tiub pernafasan panas.
Angkat tiub pernafasan panas pada bahagian hujung tiub pesakit
untuk membolehkan pemeluwapan mengalir ke dalam kebuk air.
ms
13

Werbung

loading

Diese Anleitung auch für:

900pt561