Herunterladen Diese Seite drucken

Philips AVENT SCD553 Bedienungsanleitung Seite 28

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 51
28
Bahasa Melayu
Memasang pam susu badan
Amaran: Berhati-hati, apabila anda menyahjangkit bahagian pam
susu badan dengan mendidihkannya, kerana ia boleh menjadi
sangat panas. Untuk mencegah lecuran, hanya mula memasang pam
susu badan apabila bahagian yang telah dinyahjangkit sudah sejuk.
Amaran: Basuh tangan anda dengan menyeluruh dengan sabun
dan air sebelum anda menyentuh bahagian pam susu badan dan
payudara untuk mencegah pencemaran. Elakkan daripada
menyentuh bahagian dalam cawan.
Pastikan anda telah membersihkan dan menyahjangkit bahagian pam susu
badan yang bersentuhan dengan payudara dan susu badan. Kumpulkan
semua bahagian dan letakkannya di atas permukaan yang bersih.
Periksa bahagian pam susu badan untuk mencari kerosakan sebelum
menggunakannya dan ganti jika perlu.
Nota: Peletakan pengadang payudara, membran, sisipan (jika digunakan),
injap dan tiub silikon yang betul adalah penting untuk pam payudara
membentuk vakum yang betul dan mengurangkan risiko kebocoran susu.
1 Basuh tangan anda dengan teliti menggunakan sabun dan air.
2 Tolak injap ke dalam cawan seberapa dalam yang boleh (Raj. 5).
3 Pasang membran pada cawan (Raj. 6).
4 Pasang tudung depan (Raj. 7) pada membran dan cawan. Anda boleh
memilih salah satu daripada 4 kemungkinan kedudukan penutup hadapan,
untuk mengorientasikan tiub silikon mengikut keutamaan. Pilih kedudukan
yang paling selesa untuk anda. Tolak tudubg membran ke bawah sehingga
ia ditutup dengan ketat.
5 Jika anda menggunakan sisipan, letakkan dahulu sisipan (Raj. 8) ke dalam
pengadan payudara sepenuhnya (Raj. 9).
Nota: Jika anda menggunakan sisipan, pasangkannya pada pengadang
payudara sebelum memasang pengadang payudara pada cawan, untuk
mengelakkan sebarang celah.
Pastikan anda memasang sisipan pada pengadang payudara dengan saiz
yang sepadan. Saiz sisipan 15 mm, 17 mm, 19 mm muat pada pengadang
payudara bersaiz 21 mm. Saiz sisipan 26 mm pada pengadang payudara
bersaiz 28 mm. Pengadang payudara bersaiz 24 mm hanya boleh
digunakan tanpa sisipan.

Werbung

loading