membersihkan bahagian ini secara manual atau dalam mesin basuh pinggan
mangkuk.
Pembersihan manual
Awas: Berhati-hati semasa anda menanggalkan dan membersihkan
injap. Jika injap tersebut rosak, pam susu badan anda tidak akan berfungsi
dengan betul. Untuk membersihkan injap, gosok dengan lembut antara
jari jemari anda dalam air suam dengan sedikit cecair pencuci pinggan
mangkuk. Jangan masukkan objek ke dalam injap kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan.
1 Bilas bahagian di bawah air paip yang suam.
2 Rendam bahagian selama 5 minit dalam air suam dengan sedikit cecair
pencuci pinggan mangkuk yang lembut.
3 Bersihkan bahagian dengan berus pembersih dalam air suam dengan
sedikit cecair pencuci pinggan mangkuk yang lembut.
4 Bilas bahagian di bawah air paip mengalir dengan teliti menggunakan air
yang boleh diminum.
5 Biarkan bahagian untuk dikeringkan oleh udara di atas kain lap atau rak
pengering.
Pembersihan dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk
Nota: Pewarna makanan mungkin akan mengubah warna bahagian.
1 Letakkan semua bahagian di rak atas mesin pencuci pinggan mangkuk.
Gunakan bakul pencuci pinggan untuk bahagian terkecil.
2 Letak detergen atau tablet pencuci pinggan mangkuk ke dalam mesin dan
jalankan program standard.
3 Biarkan bahagian untuk dikeringkan oleh udara di atas kain lap atau rak
pengering.
Langkah 3: Menyahjangkit
Awas: Semasa penyahjangkitan dengan air mendidih, elakkan
bahagian daripada menyentuh tepi dan bawah periuk. Ini boleh
menyebabkan perubahan bentuk atau kerosakan kekal pada produk,
yang bukan liabiliti Philips.
Buka, bersihkan dan nyah kuman bahagian berikut sebelum penggunaan
pertama dan selepas setiap penggunaan: membran, cawan, injap, pengadang
payudara, sisipan (jika digunakan), penutup pengadang payudara.
1 Isi periuk biasa dengan air yang secukupnya untuk merendam bahagian
dan letakkan semua bahagian ke dalam periuk tersebut. Biarkan air
mendidih selama 5 minit. Pastikan bahagian tidak menyentuh bahagian
tepi dan bawah periuk.
Bahasa Melayu
25