24
Bahasa Melayu
Pembersihan dan penyahjangkitan
-
Buka, bersihkan dan nyah kuman bahagian berikut sebelum penggunaan
pertama dan selepas setiap penggunaan: membran, cawan, injap,
pengadang payudara, sisipan (jika digunakan), penutup pengadang
payudara.
-
Bersihkan penutup hadapan, tiub silikon, pengganding tiub (disertakan
dengan pam payudara berkembar), kord pembawa, kabel USB dan unit
motor (termasuk klip) apabila diperlukan. Lap dengan kain bersih yang
lembap menggunakan air dan detergen lembut.
Langkah 1: Membuka
Buka sepenuhnya semua bahagian yang bersentuhan dengan payudara dan
susu ibu. Pastikan bahawa anda:
-
Tanggalkan injap daripada cawan.
-
Asingkan membran dan penutup hadapan.
-
Tanggalkan sisipan (jika digunakan) daripada pengadang payudara.
Langkah 2: Pembersihan
Amaran: Jangan gunakan agen pembersihan antibakteria atau
yang melelas untuk membersihkan bahagian-bahagian pam susu
badan kerana ini boleh mengakibatkan kerosakan.
Awas: Jangan sekali-kali meletakkan unit motor dalam mesin pencuci
pinggan mangkuk, kerana ini akan menyebabkan kerosakan kekal
padanya.
Bersihkan bahagian yang berikut sebelum penggunaan kali pertama dan
selepas setiap penggunaan: membran, cawan, injap, pengadang payudara,
sisipan (jika digunakan), penutup pengadang payudara. Anda boleh