Arahan Penggunaan CURIS
5.6.6 Penetapan Kuasa
Tetapan kuasa boleh sehingga nilai maksimum yang telah ditentukan terlebih dahulu. Nilai
maksimum bagi mod operasi yang berbeza boleh didapati menerusi maklumat teknikal dalam Bab
9.
PERINGATAN
Pada mulanya, pilih tetapan kuasa yang terendah untuk kesan yang diinginkan. Selain
itu perlu diingatkan bahawa tetapan kuasa yang sangat rendah boleh mengundang
risiko, sebagai contoh, sekiranya kuasa tidak mencukupi, pemotongan pertama tidak
boleh dilaksanakan dan akan menyebabkan koagulasi setempat yang tidak diingini
serta berbahaya.
®
RaVoR™ (13)
Tetapkan kuasa output untuk pemotongan dan pelaksanaan koagulasi
dengan menggunakan tombol pada bahagian hadapan peranti.
Tombol (17) dan paparan kuasa (16) untuk mod CUT (Potongan): CUT
1, CUT 2, BICUT 1, BICUT 2, EXCISE
Tombol (19) dan penunjuk kuasa (18) untuk mod COAG (Koagulasi):
CONTACT, SOFTSPRAY, MACRO, PRECISE, RaVoR™
Pengurangan isipadu frekuensi radio
bipolar, sebagai contoh, untuk terapi
dengkuran. Peranti akan menggunakan
fungsi khas AUTO STOP secara automatik
dalam mod ini. Fungsi khas AUTO START
dan STANDARD tidak boleh digunakan
untuk RaVoR™. AUTO STOP tidak boleh
dimatikan.
13