ini, produk ini hendaklah diletakkan
di dalam jaring basuhan untuk
memastikan bahan pelekat tidak
berbulu dan untuk mengelakkan
daripada merosakkan pakaian yang
lain. Basuh tangan dan gantung basah
akan memanjangkan hayat produk.
Kitaran basuhan lembut
Jangan lunturkan
K eringkan pada suhu yang rendah
Jangan seterika
Jangan cuci kering
Jangan perah
Cadangan pemakaian
Longgarkan sedikit pengikat alat bantu
tekanan pada waktu malam. Sekiranya
sakit, kurangkan kekuatan tekanan
atau tanggalkan alat bantu tekanan.
Beritahu doktor anda tentang perkara
ini. Apabila digunakan dengan betul,
pengikat bertindih sedikit supaya tiada
ruang yang tertinggal.
Arahan pemakaian
Langkah 1: Masukkan ibu jari anda
melalui lubang ibu jari yang disediakan.
Jahitan hendaklah berada dari pangkal
ibu jari hingga ke pergelangan tangan.
Bahagian dalam bulat alat tangan
terletak pada tapak tangan.
Langkah 2: Longgarkan pengikat paling
bawah pada jari, balut di sekeliling
tapak tangan anda dan ketatkan
dengan pelekat di belakang tangan
anda, dengan tekanan yang kuat tetapi
selesa. Bahagian hujung sebelah atas
alat tangan hendaklah rata pada
pangkal sendi jari.
Langkah 3: Tarik baki pengikat di
sekeliling pergelangan tangan dan
ketatkan dengan pelekat. Pastikan
pengikat pergelangan tangan tidak
terlalu ketat, supaya bendalir boleh
mengalir dengan bebas dari tangan ke
arah lengan. Alat tangan circaid juxtafit
essentials hendaklah bertindih dengan
lengan circaid juxtafit essentials.
Nota:
Periksa ruang dan lipatan pada alat
tangan selepas pengikat telah dilekatkan.
Sesuaikan pengikat ini, jika perlu.
Arahan penanggalan
Langkah 1: Untuk menanggalkan alat
tangan, longgarkan dan gulungkan
kembali pengikat untuk memastikan
bahan pelekat tidak kotor.
Langkah 2: Sekarang, longgarkan
pelekat pada tapak tangan dan tarik
alat tangan dari tangan.
Nota
Jika anda menggunakan beberapa
komponen circaid juxtafit, ketatkan
pengikat hanya sedikit pada titik
bertindih antara komponen individu
untuk terus memperoleh graf tekanan
bersenggat. Tetapkan pengikat
lain kepada tekanan yang kuat dan
selesa atau pada tahap tekanan yang
ditetapkan.
circaid® • 51