Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Husqvarna 120iTK4-P Bedienungsanweisung Seite 526

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für 120iTK4-P:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 51
Keselamatan bateri
AMARAN:
Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Hanya gunakan bateri siri BLi dan siri 40-B. Untuk
mendapatkan butiran, rujuk
halaman 535 . Bateri disulitkan dengan perisian.
Gunakan bateri siri BLi dan siri 40-B yang
boleh dicas semula sebagai bekalan kuasa untuk
produk Husqvarna yang berkenaan sahaja. Untuk
mengelakkan kecederaan, jangan gunakan bateri
sebagai bekalan kuasa bagi peranti lain.
Risiko kejutan elektrik. Jangan sambungkan terminal
bateri pada kunci, skru atau bahan logam yang lain.
Ini boleh menyebabkan litar pintas pada bateri.
Jangan gunakan bateri yang tidak boleh dicas
semula.
Jangan masukkan objek ke dalam slot udara bateri.
Jauhi bateri daripada cahaya matahari, haba atau
api. Bateri boleh menyebabkan kelecuran dan/atau
kelecuran kimia.
Jauhkan bateri daripada hujan dan keadaan yang
basah.
Jauhkan bateri daripada ketuhar gelombang mikro
dan tekanan tinggi.
Jangan cuba memisahkan bahagian atau
memecahkan bateri.
Elakkan asid bateri terkena kulit anda. Asid bateri
boleh menyebabkan kecederaan pada kulit, kakisan
dan kelecuran. Jika asid bateri terkena mata
anda, jangan lap. Sebaliknya, cuci dengan air
untuk sekurang-kurangnya 15 minit. Jika asid bateri
terkena kulit anda, anda seharusnya membersihkan
bahagian berkenaan dengan banyak air dan sabun.
Dapatkan rawatan perubatan.
Gunakan bateri pada suhu antara -10°C (14°F)
hingga 40°C (104°F).
Jangan bersihkan bateri atau pengecas bateri
dengan air. Lihat
Untuk membersihkan produk,
bateri dan pengecas bateri pada halaman 533 .
Jangan gunakan bateri yang cacat atau rosak.
Simpan bateri di tempat yang jauh daripada objek
logam seperti paku, skru atau barang kemas.
Jauhi bateri daripada kanak-kanak.
Keselamatan pengecas bateri
AMARAN:
Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Risiko kejutan elektrik atau litar pintas jika arahan
keselamatan tidak dipatuhi.
Jangan gunakan pengecas bateri selain yang
dibekalkan untuk produk anda. Pengecas yang
526
Data teknikal pada
disyorkan ialah QC80 / 40-C80 apabila anda
mengecas bateri siri BLi dan siri 40-B.
Jangan cuba memisahkan bahagian pengecas
bateri.
Jangan gunakan pengecas bateri yang cacat atau
rosak.
Jangan angkat pengecas bateri dengan memegang
kord kuasa. Untuk menanggalkan pengecas bateri
dari soket sesalur, tarik keluar palam. Jangan tarik
kord kuasa.
Jauhkan semua kabel dan wayar sambungan
daripada air, minyak dan bucu tajam. Pastikan kabel
tidak tersangkut di antara objek seperti pintu, pagar
atau yang seumpamanya.
Jangan gunakan pengecas bateri berhampiran
bahan yang mudah terbakar atau bahan yang boleh
menyebabkan kakisan. Pastikan pengecas bateri
tidak ditutup. Tarik keluar palam pengecas bateri jika
terdapat asap atau api.
Hanya cas bateri di dalam bangunan di lokasi
dengan aliran udara yang baik dan jauh daripada
cahaya matahari. Jangan cas bateri di luar
bangunan. Jangan cas bateri dalam keadaan yang
basah.
Hanya gunakan pengecas bateri pada suhu antara
5 °C (41 °F) hingga 40 °C (104 °F). Gunakan
pengecas di persekitaran dengan aliran udara yang
baik, kering dan tiada habuk.
Jangan masukkan objek ke dalam slot penyejukan
pengecas bateri.
Jangan sambungkan terminal pengecas bateri pada
objek logam kerana ini boleh menyebabkan litar
pintas pada pengecas bateri.
Gunakan soket sesalur diluluskan yang tidak
rosak. Pastikan kord pengecas bateri tidak rosak.
Jika kabel sambungan digunakan, pastikan kabel
sambungan tidak rosak.
Arahan keselamatan untuk
penyelenggaraan
AMARAN:
Baca arahan amaran berikut
sebelum anda melakukan penyelenggaraan
pada produk ini.
Keluarkan bateri sebelum anda melakukan
penyelenggaraan, pemeriksaan lain atau
pemasangan produk.
Pengendali seharusnya hanya melakukan
penyelenggaraan dan servis yang dinyatakan dalam
manual pengendali ini. Rujuk pembekal servis anda
untuk penyelenggaraan dan servis yang selanjutnya.
Jangan bersihkan bateri atau pengecas bateri
dengan air. Detergen yang kuat boleh merosakkan
plastik.
Jika anda tidak melakukan penyelenggaraan,
kitaran hayat produk akan berkurangan dan risiko
kemalangan akan meningkat.
707 - 011 - 31.10.2022

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis