Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Husqvarna 120iTK4-P Bedienungsanweisung Seite 522

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für 120iTK4-P:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 51
bateri mungkin menyebabkan keradangan atau
kelecuran.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang rosak
atau yang telah diubah suai. Bateri yang rosak
atau diubah suai mungkin mempamerkan tindakan
luar jangkaan yang boleh menyebabkan kebakaran,
letupan atau risiko kecederaan.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
api atau suhu melampau. Pendedahan kepada api
atau suhu yang melebihi 130 °C / 265 °F boleh
menyebabkan letupan.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan cas pek
bateri atau alat di luar julat suhu yang dinyatakan
dalam arahan. Pengecasan yang tidak betul atau
pada suhu di luar julat yang ditentukan mungkin
akan merosakkan bateri dan meningkatkan risiko
kebakaran.
Servis
Pastikan alat berkuasa anda diservis oleh orang
yang berkelayakan menggunakan alat ganti sama
sahaja. Ini akan memastikan keselamatan alat
berkuasa akan terjamin.
Jangan servis pek bateri yang rosak. Tindakan
menservis pek bateri hendaklah hanya dilakukan
oleh pengeluar atau pembekal servis yang
diluluskan.
Amaran keselamatan pemangkas galah -
keselamatan peribadi
Pastikan semua bahagian badan jauh dari rantai
gergaji apabila menggunakan pemangkas galah.
Sebelum anda menghidupkan pemangkas galah,
pastikan bahawa rantai gergaji tidak tersentuh apa-
apa. Kelalaian semasa mengendalikan pemangkas
galah boleh menyebabkan pakaian atau badan anda
tersangkut dengan rantai gergaji.
Sentiasa pegang pemangkas galah dengan tangan
kanan anda berada pada pemegang tepi dan
tangan kiri pada pemegang hadapan. Memegang
gergaji rantai dengan konfigurasi tangan songsang
boleh meningkatkan risiko kecederaan diri dan tidak
seharusnya dilakukan.
Pegang pemangkas galah pada permukaan
pemegang berinsulasi sahaja, kerana rantai gergaji
mungkin bersentuhan dengan wayar tersembunyi
atau kordnya. Rantai gergaji yang terkena wayar
"hidup" boleh menyebabkan bahagian logam
terdedah pada pemangkas galah "dihidupkan" dan
menyebabkan kejutan elektrik kepada pengendali.
Pakai pelindung mata. Kelengkapan pelindung
lanjutan untuk pendengaran, kepala, tangan dan
kaki disyorkan. Kelengkapan pelindung yang
mencukupi akan mengurangkan kecederaan diri dari
puing yang melayang atau sentuhan tidak sengaja
dengan rantai gergaji.
Pastikan anda berpijak dengan kukuh dan
kendalikan gergaji rantai hanya apabila berdiri
pada permukaan yang tetap, selamat dan
rata. Permukaan licin atau tidak stabil mungkin
522
menyebabkan kehilangan keseimbangan atau
kawalan pemangkas galah.
Apabila memotong dahan yang tegang, berhati-hati
dengan lantunan. Apabila ketegangan dalam serat
kayu dikeluarkan, dahan yang berspring mungkin
menimpa pengendali dan/atau menyebabkan
kehilangan kawalan pemangkas galah.
Berikan perhatian tambahan apabila memotong
pokok tinggi dan anak pokok. Bahan yang kurus
mungkin memerangkap pemangkas galah dan
berputar ke arah anda atau menyebabkan anda
kehilangan imbangan.
Ikuti arahan untuk pelinciran, penegangan rantai dan
mengubah bar dan rantai. Rantai yang ditegangkan
atau dilincirkan dengan salah mungkin akan rosak
atau meningkatkan peluang lantunan.
Angkat pemangkas galah pada pemegang hadapan
dengan pemangkas galah dimatikan dan menjauhi
badan anda. Apabila mengangkut atau menyimpan
pemangkas galah, sentiasa muatkan penutup bar
panduan. Pengendalian pemangkas galah yang
betul akan mengurangkan kemungkinan sentuhan
tidak disengajakan dengan rantai gergaji yang
bergerak.
Potong kayu sahaja. Jangan gunakan pemangkas
galah untuk tujuan tidak dimaksudkan. Contohnya:
jangan gunakan pemangkas galah untuk memotong
logam, plastik, batu atau bahan binaan bukan kayu.
Penggunaan pemangkas galah untuk operasi yang
berbeza daripada fungsi asalnya mungkin boleh
membahayakan.
Pastikan pemegang kering, bersih serta bebas
minyak dan gris. Pemegang yang bergris
dan berminyak adalah licin dan menyebabkan
kehilangan kawalan.
Jangan cuba tebang pokok sehingga
anda memahami risikonya dan cara untuk
mengelakkannya. Kecederaan serius boleh berlaku
kepada pengendali atau orang di sekeliling apabila
menebang pokok.
Pemangkas galah ini bukan dimaksudkan untuk
menebang pokok.Penggunaan pemangkas galah
untuk operasi yang berbeza daripada yang
dimaksudkan boleh menyebabkan kecederaan
serius kepada pengendali atau orang di sekeliling.
Kami amat mengesyorkan pengguna kali pertama
berlatih menggergaji kayu pada kekuda atau bingkai
memotong kayu.
Sebab dan pencegahan lantunan bagi
pengendali
Lantunan mungkin berlaku apabila muncung atau
hujung bar panduan menyentuh objek atau apabila
kayu mengepung dan menyepit pemangkas galah di
dalam potongan itu. Sentuhan hujung dalam sesetengah
keadaan mungkin akan mengakibatkan reaksi songsang
tiba-tiba yang menendang bar panduan ke atas dan
ke belakang ke arah pengendali. Menyepit pemangkas
galah di sepanjang bahagian atas bar panduan
mungkin akan menolak bar panduan dengan pantas
707 - 011 - 31.10.2022

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis