Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Philips RESPIRONICS Pico Traditional Gebrauchsanweisung Seite 135

Nasal mask
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 18
GARANSI INI DIBERIKAN SEBAGAI PENGGANTI UNTUK SEMUA PERNYATAAN GARANSI LAINNYA. SELAIN ITU, SETIAP GARANSI
TERSIRAT, TERMASUK GARANSI UNTUK DIPERJUALBELIKAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DINAFIKAN
SECARA SPESIFIK. BEBERAPA YURISDIKSI TIDAK MENGIZINKAN PENAFIAN TERHADAP GARANSI TERSIRAT, JADI BATASAN DI
ATAS MUNGKIN TIDAK BERLAKU BAGI ANDA. GARANSI INI MEMBERI ANDA HAK HUKUM SPESIFIK, DAN ANDA JUGA DAPAT
MEMILIKI HAK LAINNYA SESUAI DENGAN UNDANG-UNDANG YANG BERLAKU DI YURISDIKSI SPESIFIK ANDA.
Untuk mengetahui hak Anda pada garansi terbatas ini, hubungi penyalur resmi Respironics, Inc. di tempat Anda atau
Respironics, Inc. di 1001 Murry Ridge Lane, Murrysville, Pennsylvania 15668, AS atau Respironics Deutschland GmbH & Co KG,
Gewerbestraße 17, 82211 Herrsching, Jerman.
Arahan untuk penggunaan - Bahasa Malaysia
Pico Traditional Nasal Mask
Tujuan Kegunaan
Topeng hidung ini bertujuan untuk digunakan sebagai antara muka bagi penggunaan CPAP atau terapi
dwiperingkat kepada pesakit. Topeng ini adalah untuk kegunaan seorang pesakit di rumah atau berbilang
pesakit di persekitaran hospital/institusi. Topeng ini hendaklah digunakan pada pesakit (>30kg) yang
telah dipreskripsikan terapi CPAP atau terapi dwiperingkat.
Nota:
• Alat penghembusan siap dipasang dalam topeng ini. Alat penghembusan berasingan tidak
diperlukan.
• Topeng ini tidak diperbuat daripada lateks getah semula jadi atau DEHP.
Simbol
Amaran atau Langkah Berjaga-
jaga
Tidak Diperbuat daripada Lateks Getah
Semula Jadi
Amaran
• Topeng ini tidak sesuai digunakan untuk pengalihudaraan sistem sokongan hayat.
• Cuci tangan sebelum menggunakannya. Periksa topeng untuk mengenal pasti kesan kerosakan atau
kelusuhan (pecah, retak, koyak, dll.). Buang dan gantikan sebarang komponen jika perlu.
• Sesetengah pengguna mungkin mengalami kemerah-merahan kulit, kerengsaan atau ketidakselesaan.
Jika ini berlaku, hentikan penggunaan dan hubungi ahli profesional penjagaan kesihatan anda.
• Rujuk pakar perubatan atau doktor gigi jika anda mengalami sakit gigi, gusi atau rahang. Penggunaan
topeng boleh menerukkan lagi sakit gigi yang sedang dialami.
• Rujuk pakar perubatan jika anda mengalami simptom berikut semasa menggunakan topeng atau
selepas menanggalkannya: Kekeringan mata, sakit mata, jangkitan mata atau penglihatan kabur. Rujuk
ahli oftalmologi jika simptom berterusan.
• Jangan sekat atau tutup port penghembusan.
• Jangan ketatkan tali pelindung kepala secara keterlaluan. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa tali topeng telah diikat terlalu ketat, seperti kemerah-merahan berlebihan, sakit atau kulit
membonjol di sekeliling hujung topeng. Longgarkan tali pelindung kepala untuk mengurangkan
simptom.
• Topeng ini direka untuk kegunaan dengan sistem CPAP atau sistem dwiperingkat oleh ahli profesional
penjagaan kesihatan anda atau ahli terapi pernafasan. Jangan pakai topeng ini melainkan sistem CPAP
atau sistem dwiperingkat telah dihidupkan dan beroperasi dengan betul. Jangan sekat atau cuba
menutup port penghembusan. Penerangan mengenai Amaran: Sistem CPAP bertujuan untuk
digunakan dengan topeng khas yang dilengkapi penyambung dan lubang untuk membolehkan aliran
udara berterusan keluar dari topeng. Apabila mesin CPAP dihidupkan dan berfungsi dengan betul,
udara baru dari mesin CPAP akan menyalurkan keluar udara hembusan melalui port penghembusan
topeng yang disambung. Walau bagaimanapun, apabila mesin CPAP tidak beroperasi, udara segar
yang mencukupi tidak akan dibekalkan melalui topeng, dan udara hembusan mungkin akan disedut
semula. Amaran ini terpakai bagi kebanyakan model dalam sistem CPAP.
Nota
X1
Kawalan Rintangan One System
135
Petua

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis