Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Kelengkapan Pelindung Peribadi - Husqvarna 120iTK4-H Bedienungsanweisung

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für 120iTK4-H:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 35
Pastikan kedudukan yang seimbang dan kaki kejap
di tanah sepanjang masa. Jangan menjangkau
tinggi.
Nyahaktifkan produk sebelum anda bergerak ke
kawasan lain. Pasang pengadang pengangkutan
apabila produk tidak digunakan.
Jangan letakkan produk kecuali anda telah
menyahaktifkannya. Jangan tinggalkan produk tanpa
pengawasan setelah produk dihidupkan.
Keluarkan bateri sebelum anda menyerahkan
produk kepada orang lain.
Pastikan pakaian atau bahagian badan anda tidak
terkena alat pemotong apabila produk diaktifkan.
Jika ada sesuatu yang tersumbat di dalam alat
pemotong semasa anda mengendalikan produk,
hentikan dan nyahaktifkan produk. Pastikan alat
pemotong berhenti sepenuhnya. Tanggalkan bateri
sebelum anda membersihkan, memeriksa atau
membaiki produk dan/atau peralatan memotong.
Pastikan tangan dan kaki anda jauh daripada alat
pemotong sehingga alat telah berhenti sepenuhnya
apabila produk dinyahaktifkan.
Berhati-hati terhadap tunggul cabang yang boleh
terlenting semasa anda memotong. Jangan potong
terlalu mendekati tanah kerana batu dan objek lain
boleh terlenting.
Berhati-hati terhadap objek yang terlenting. Sentiasa
pakai pelindung mata yang diluluskan. Jangan
bersandar pada pengadang lampiran alat pemotong.
Batu, sampah dan sebagainya mungkin terlenting
ke mata yang mungkin mengakibatkan buta atau
kecederaan serius.
Beri perhatian kepada isyarat atau jeritan amaran
apabila anda memakai pelindung telinga. Sentiasa
tanggalkan pelindung telinga anda sebaik sahaja
produk berhenti.
Jangan bekerja di atas tangga, bangku atau
sebarang kedudukan tinggi yang kurang selamat.
Mesin ini menghasilkan medan elektromagnet
semasa pengendalian. Medan ini boleh
mengganggu implan perubatan aktif atau pasif
dalam keadaan tertentu. Untuk mengurangkan risiko
kecederaan serius atau maut, kami mengesyorkan
mereka yang menggunakan implan perubatan untuk
mendapatkan nasihat doktor dan pengilang implan
itu sebelum mengendalikan mesin ini.
Pastikan anda memegang produk dengan kedua-
dua belah tangan pada setiap masa. Gantung
produk di sisi kanan badan anda.
Pastikan anda menghentikan produk, menanggalkan
bateri dan memastikan peralatan memotong tidak
berputar sebelum anda mengeluarkan bahan yang
terlilit di sekeliling aci bilah atau tersangkut di antara
pengadang dan lampiran pemotong.
Medan elektromagnet semasa pengendalian boleh
mengganggu implan perubatan aktif atau pasif. Bagi
individu yang menggunakan implan perubatan sila
rujuk doktor anda dan pengilang implan sebelum
mengendalikan produk ini.
404
Angkat beban produk dengan abah-abah untuk
menjadikannya lebih mudah dikendalikan.
Pendedahan jangka masa panjang terhadap
hingar boleh mengakibatkan gangguan pendengaran
secara kekal. Husqvarna mengesyorkan pengendali
menggunakan perlindungan pendengaran yang
diluluskan.
Jangan gunakan produk yang telah diubah suai
melalui sebarang cara daripada spesifikasi asalnya.
Jangan gunakan produk yang rosak. Jalankan
pemeriksaan keselamatan, penyelenggaraan dan
arahan servis yang diterangkan dalam manual ini.
Sesetengah penyelenggaraan dan langkah-langkah
servis mesti dijalankan oleh pakar yang terlatih dan
layak. Lihat arahan di bawah tajuk penyelenggaraan.
Jalankan pemeriksaan keseluruhan bagi
produk sebelum penggunaan. Lihat jadual
penyelenggaraan.
Jangan sekali-kali benarkan orang lain
menggunakan produk ini tanpa terlebih dahulu
memastikan bahawa mereka telah membaca dan
memahami kandungan manual pengendali.
Periksa objek asing di kawasan kerja seperti kabel
elektrik, dan haiwan dsb., atau objek lain yang boleh
merosakkan alat pemotong seperti bahan keluli.
Bilah pemotong yang rosak boleh meningkatkan
risiko kemalangan.

Kelengkapan pelindung peribadi

AMARAN:
Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Sentiasa gunakan kelengkapan pelindung peribadi
yang diluluskan apabila anda menggunakan
produk. Kelengkapan pelindung peribadi tidak dapat
mencegah kecederaan sepenuhnya tetapi akan
mengurangkan tahap kecederaan jika kemalangan
berlaku. Penjual anda boleh membantu anda
memilih peralatan yang sesuai.
Gunakan topi keledar pelindung jika terdapat risiko
objek jatuh.
(Rajah 19)
Pendedahan kepada hingar untuk jangka masa
yang panjang boleh menyebabkan kerosakan
pendengaran. Secara umumnya, produk yang
menggunakan kuasa bateri adalah agak senyap
tetapi kerosakan boleh diakibatkan daripada
gabungan tahap hingar dan penggunaan
untuk jangka masa yang panjang. Husqvarna
mengesyorkan pengendali menggunakan pelindung
telinga semasa menggunakan produk untuk tempoh
masa yang panjang dalam sehari. Pengguna yang
menggunakan produk secara berterusan dan kerap
seharusnya menjalankan pemeriksaan pendengaran
dari semasa ke semasa.
(Rajah 20)
1553 - 008 - 31.10.2022

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis