Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Husqvarna 120iTK4-H Bedienungsanweisung Seite 402

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für 120iTK4-H:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 35
pemotong tajam sukar terikat dan lebih mudah
dikawal.
Gunakan alat berkuasa, aksesori dan bahagian lain
dll. menurut arahan ini, dengan mengambil kira
keadaan kerja dan kerja yang perlu dilaksanakan.
Penggunaan alat berkuasa untuk operasi yang
berbeza daripada fungsi asalnya mungkin boleh
membahayakan.
Pastikan pemegang dan permukaan pemegang
kering, bersih serta tiada minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan alat
yang selamat dalam situasi yang tak terduga.
Penggunaan dan penjagaan alat bateri
Hanya cas semula dengan pengecas yang
ditentukan oleh pengilang. Pengecas yang sesuai
untuk satu jenis pek bateri mungkin mewujudkan
risiko kebakaran apabila digunakan dengan pek
bateri lain.
Hanya gunakan alat berkuasa dengan pek bateri
ditetapkan yang khusus. Penggunaan pek bateri
lain mungkin mewujudkan risiko kecederaan dan
kebakaran.
Apabila pek bateri tidak digunakan, jauhi pek bateri
daripada objek logam lain seperti klip kertas, syiling,
kunci, paku, skru atau objek logam kecil lain yang
boleh membuat sambungan dari satu terminal ke
terminal lain. Perbuatan memintas terminal bateri
mungkin menyebabkan kelecuran atau kebakaran.
Dalam keadaan salah guna, cecair mungkin
terkeluar dari bateri; elakkan daripada terkena
cecair. Jika terkena secara tidak sengaja, bilas
dengan air. Jika cecair terkena mata, minta bantuan
perubatan tambahan. Cecair yang terkeluar dari
bateri mungkin menyebabkan keradangan atau
kelecuran.
Jangan gunakan pek bateri atau alat yang rosak
atau yang telah diubah suai. Bateri yang rosak
atau diubah suai mungkin mempamerkan tindakan
luar jangkaan yang boleh menyebabkan kebakaran,
letupan atau risiko kecederaan.
Jangan dedahkan pek bateri atau alat kepada
api atau suhu melampau. Pendedahan kepada api
atau suhu yang melebihi 130 °C / 265 °F boleh
menyebabkan letupan.
Ikut semua arahan pengecasan dan jangan cas pek
bateri atau alat di luar julat suhu yang dinyatakan
dalam arahan. Pengecasan yang tidak betul atau
pada suhu di luar julat yang ditentukan mungkin
akan merosakkan bateri dan meningkatkan risiko
kebakaran.
Servis
Pastikan alat berkuasa anda diservis oleh orang
yang berkelayakan menggunakan alat ganti sama
sahaja. Ini akan memastikan keselamatan alat
berkuasa akan terjamin.
Jangan servis pek bateri yang rosak. Tindakan
menservis pek bateri hendaklah hanya dilakukan
402
oleh pengeluar atau pembekal servis yang
diluluskan.
Arahan keselamatan untuk pemangkas
tanaman pagar
Jauhkan semua anggota badan anda dari bilah.
Jangan keluarkan bahan potong atau memegang
bahan yang hendak dipotong semasa bilah sedang
bergerak. Bilah akan terus bergerak selepas suis
dimatikan. Sesaat leka semasa menggunakan
pemangkas tanaman pagar mungkin menyebabkan
kecederaan diri yang serius.
Bawa pemangkas tanaman pagar menggunakan
pemegang dengan bilah telah berhenti bergerak
dan berhati-hati agar tidak mengendalikan sebarang
suis kuasa. Membawa pemangkas tanaman
pagar dengan betul akan mengurangkan risiko
menghidupkan pemangkas secara tidak sengaja
dan boleh menyebabkan kecederaan peribadi
disebabkan bilah.
Apabila mengangkut atau menyimpan pemangkas
tanaman pagar, sentiasa muatkan penutup bar
panduan. Pengendalian pemangkas tanaman pagar
yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan
diri daripada bilah.
Apabila mengosongkan bahan yang tersekat
atau menservis unit, pastikan semua suis kuasa
dimatikan dan kord kuasa tidak disambungkan.
Penggerakan luar jangkaan pemangkas tanaman
pagar semasa membersihkan bahan yang tersekat
atau penservisan boleh menyebabkan kecederaan
diri yang serius.
Pegang pemangkas tanaman pagar pada
permukaan pemegang berinsulasi sahaja, kerana
bilah mungkin bersentuhan dengan wayar
tersembunyi atau kordnya. Bilah yang terkena wayar
"hidup" boleh "menghidupkan" bahagian logam
pemangkas tanaman pagar yang terdedah dan
memberikan renjatan elektrik kepada pengendali.
Jauhkan semua kord kuasa dan kabel dari kawasan
pemotongan. Kord kuasa atau kabel tersembunyi
dalam tanaman pagar atau pokok renek dan boleh
dipotong secara tidak sengaja oleh bilah.
Jangan gunakan pemangkas tanaman pagar dalam
keadaan cuaca yang buruk, terutamanya apabila
terdapat risiko kilat. Ini mengurangkan risiko dipanah
kilat.
Untuk mengurangkan risiko renjatan, jangan sekali-
kali menggunakan pemangkas tanaman pagar yang
boleh dipanjangkan berdekatan mana-mana saluran
kuasa elektrik. Sentuhan dengan atau penggunaan
berdekatan talian elektrik boleh menyebabkan
kecederaan serius atau renjatan elektrik yang
menyebabkan kematian.
Sentiasa gunakan kedua-dua tangan semasa
mengendalikan pemangkas tanaman pagar yang
dipanjangkan. Pegang pemangkas tanaman pagar
yang boleh dipanjangkan dengan kedua-dua tangan
untuk mengelakkan kehilangan kawalan.
1553 - 008 - 31.10.2022

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis