Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Tanggungjawab Pengguna; Tujuan Dan Had Penggunaan; Penggunaan - Vorwerk THERMOMIX BLADE COVER Gebrauchsanleitung

Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 18
130
Nota terhadap kerosakan harta benda
2.3

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

Untuk memastikan pengendalian peranti dan aksesori Vorwerk yang betul, beri
perhatian kepada perkara yang berikut:
1. Ikuti arahan buku panduan dan semua dokumen yang berkaitan.
2. Pastikan arahan penggunaan disimpan berhampiran dengan peralatan.
3. Sila perbaiki kerosakan pada peralatan dengan kadar segera.
3

TUJUAN DAN HAD PENGGUNAAN

Gunakan aksesori untuk tujuan yang dimaksudkan sahaja untuk mengelakkan
risiko kepada diri sendiri atau orang lain dan untuk mengelakkan keosakan
pada bahagian produk yang lain.
Penutup bilah adalah aksesori untuk Thermomix® TM6 dan Thermomix®TM5
dan sesuai untuk kegunaan domestik atau rumah tangga.
Dengan penutup bilah, anda boleh memasak makanan pada suhu sehingga 100
° C dalam mangkuk adunan tanpa bersentuhan dengan pisau pengadun.
Makanan boleh dimasak dengan lembut dalam beg yang sesuai pada suhu
rendah di dalam air (kaedah sous-vide) atau di dalam cecair (kaedah masak
perlahan). Jika terdapat cecair yang mencukupi, penutup bilah juga boleh
digunakan untuk resipi di mana bakul mereneh terlalu kecil, atau apabila
makanan pada umumnya tidak bersentuhan dengan pisau pengadun.
Aksesori adalah untuk kegunaan orang dewasa sahaja. Peralatan ini tidak
boleh digunakan oleh kanak-kanak, sama ada bersendirian mahupun bersama
orang dewasa. Kanak-kanak harus dijauhkan daripada peralatan yang sedang
beroperasi dan daripada kabel sambungan.
Sila beri amaran kepada kanak-kanak potensi bahaya akibat peningkatan haba
dan wap, air tersejat serta permukaan panas.
Alat aksesori boleh digunakan oleh orang yang mempunyai keupayaan fizikal,
deria atau mental yang terhad atau kurang pengalaman dan/atau pengetahuan
hanya jika mereka telah diselia atau dilatih dengan penggunaan secara selamat
dan memahami bahaya yang timbul daripadanya.
Mana-mana penggunaan selain daripada penggunaan yang dimaksudkan
adalah tidak dibenarkan. Pihak pengeluar tidak bertanggungjawab atas
kerosakan akibat daripada ini. Dalam hal perubahan teknikal kepada produk,
sebarang jaminan/liabiliti bagi kecacatan bahan akan lupus.
Untuk semua kerja pemprosesan makanan pada Thermomix® dan aksesori
semua dokumen yang berkaitan dan arahan pada paparan mesti dipatuhi.
Dalam penggunaan yang tidak sepatutnya, pengeluar tidak bertanggungjawab
atas kerosakan yang disebabkan olehnya.
4

PENGGUNAAN

Penutup bilah adalah aksesori plastik yang diletakkan pada pisau pengadun.
Dengan penutup bilah, anda boleh memasak makanan dengan cara yang
lembut.
Thermomix®

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis