Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Husqvarna 120iTK4-H Bedienungsanweisung Seite 446

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für 120iTK4-H:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 36
23. LED amaran
24. Manual pengendali
25. Abah-abah
Simbol pada produk ini
AMARAN! Produk ini adalah berbahaya.
Kecederaan atau kematian boleh berlaku
kepada pengendali atau orang sekeliling
jika produk tidak digunakan dengan teliti
dan betul. Untuk mengelakkan
kecederaan kepada pengendali atau
orang sekeliling, baca dan patuhi semua
arahan keselamatan dalam manual
pengendali. Sila baca manual pengendali
dengan teliti dan pastikan bahawa anda
memahami arahan sebelum penggunaan.
Gunakan topi keledar pelindung di lokasi
yang objek mungkin menimpa anda.
Gunakan pelindung telinga yang
diluluskan. Gunakan pelindung mata yang
diluluskan.
Gunakan sarung tangan pelindung yang
diluluskan.
Produk ini mematuhi arahan EC yang
berkenaan.
Voltan terkadar, V
Arus langsung.
Jangan dedahkan kepada hujan.
Jauhkan tangan daripada bilah.
Fungsi teleskopik.
Fungsi pisah.
Putar ke kiri untuk melonggarkan tombol,
putar ke kanan untuk mengetatkan
tombol.
446
Produk ini tidak mempunyai penebatan.
Jika produk bersentuhan atau berada
terlalu dekat dengan kabel elektrik voltan
tinggi, ini boleh mengakibatkan maut atau
kecederaan teruk. Tenaga elektrik boleh
melompat dari satu titik ke titik yang lain
melalui pengarkaan. Semakin tinggi
voltan, semakin besar jarak elektrik boleh
melompat. Arus elektrik juga boleh
mengalir melalui ranting dan objek lain,
terutamanya jika ia basah. Kekalkan jarak
sekurang-kurangnya 10 m setiap masa di
antara produk dengan kabel elektrik
voltan tinggi dan/atau semua objek yang
menyentuhnya. Jika anda perlu
melakukan kerja dalam jarak selamat ini,
anda hendaklah menghubungi syarikat
bekalan elektrik yang berkaitan bagi
memastikan tenaga elektrik dimatikan
sebelum anda memulakan kerja.
Kekalkan jarak minimum 15 m dari orang
atau haiwan semasa operasi.
yyyywwxxxx
Penarafan menunjukkan nombor siri.
yyyy ialah tahun pengeluaran, dan
ww ialah minggu pengeluaran.
Nota:
Simbol/pelekat lain pada produk merujuk
kepada keperluan pensijilan untuk sesetengah pasaran.
Simbol pada bateri dan/atau pada
pengecas bateri
Transformer pasti selamat.
Guna dan simpan pengecas bateri di
dalam bangunan sahaja.
Penebatan ganda.
Kitar semula produk ini di ste-
sen kitar semula peralatan
elektrik dan elektronik. (Terpa-
kai untuk Eropah sahaja)
1553 - 005 - 06.04.2021

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis