Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Kelengkapan Pelindung Peribadi - Husqvarna 120iTK4-H Bedienungsanweisung

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für 120iTK4-H:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 75
berputar sebelum anda mengeluarkan bahan yang
terlilit di sekeliling aci bilah atau tersangkut di antara
pengadang dan lampiran pemotong.
Medan elektromagnet semasa pengendalian boleh
mengganggu implan perubatan aktif atau pasif. Bagi
individu yang menggunakan implan perubatan sila
rujuk doktor anda dan pengilang implan sebelum
mengendalikan produk ini.
Angkat beban produk dengan abah-abah untuk
menjadikannya lebih mudah dikendalikan.
Pendedahan jangka masa panjang terhadap
hingar boleh mengakibatkan gangguan pendengaran
secara kekal. Husqvarna mengesyorkan pengendali
menggunakan perlindungan pendengaran yang
diluluskan.
Jangan gunakan produk yang telah diubah suai
melalui sebarang cara daripada spesifikasi asalnya.
Jangan gunakan produk yang rosak. Jalankan
pemeriksaan keselamatan, penyelenggaraan dan
arahan servis yang diterangkan dalam manual ini.
Sesetengah penyelenggaraan dan langkah-langkah
servis mesti dijalankan oleh pakar yang terlatih dan
layak. Lihat arahan di bawah tajuk penyelenggaraan.
Jalankan pemeriksaan keseluruhan bagi
produk sebelum penggunaan. Lihat jadual
penyelenggaraan.
Jangan sekali-kali benarkan orang lain
menggunakan produk ini tanpa terlebih dahulu
memastikan bahawa mereka telah membaca dan
memahami kandungan manual pengendali.
Periksa objek asing di kawasan kerja seperti kabel
elektrik, dan haiwan dsb., atau objek lain yang boleh
merosakkan alat pemotong seperti bahan keluli.
Bilah pemotong yang rosak boleh meningkatkan
risiko kemalangan.

Kelengkapan pelindung peribadi

AMARAN:
Baca arahan amaran berikut
sebelum anda menggunakan produk ini.
Sentiasa gunakan kelengkapan pelindung peribadi
yang diluluskan apabila anda menggunakan
produk. Kelengkapan pelindung peribadi tidak dapat
mencegah kecederaan sepenuhnya tetapi akan
mengurangkan tahap kecederaan jika kemalangan
berlaku. Penjual anda boleh membantu anda
memilih peralatan yang sesuai.
Gunakan topi keledar pelindung jika terdapat risiko
objek jatuh.
Pendedahan kepada hingar untuk jangka masa
yang panjang boleh menyebabkan kerosakan
316
pendengaran. Secara umumnya, produk yang
menggunakan kuasa bateri adalah agak senyap
tetapi kerosakan boleh diakibatkan daripada
gabungan tahap hingar dan penggunaan
untuk jangka masa yang panjang. Husqvarna
mengesyorkan pengendali menggunakan pelindung
telinga semasa menggunakan produk untuk tempoh
masa yang panjang dalam sehari. Pengguna yang
menggunakan produk secara berterusan dan kerap
seharusnya menjalankan pemeriksaan pendengaran
dari semasa ke semasa.
AMARAN:
mengehadkan keupayaan untuk
mendengar bunyi dan isyarat amaran.
Gunakan pelindung mata yang diluluskan. Jika anda
menggunakan visor, anda juga perlu memakai gogal
pelindung yang diluluskan. Pelindung mata yang
diluluskan mestilah mematuhi standard ANSI Z87.1
di A.S. atau EN 166 di negara-negara EU.
Gunakan sarung tangan apabila perlu, contohnya
apabila anda memasang, memeriksa atau
membersihkan peralatan memotong.
Pakai pakaian yang diperbuat daripada kain yang
kuat. Sentiasa pakai seluar panjang dan baju
berlengan panjang yang tebal. Jangan pakai pakaian
longgar yang boleh tersangkut pada ranting atau
dahan. Jangan pakai barang kemas, seluar pendek,
sandal atau berkaki ayam. Pastikan rambut anda
diikat rapi di atas paras bahu.
Pelindung telinga
1553 - 007 - 01.07.2022

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis