Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Philips RQ1180 Bedienungsanleitung Seite 122

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für RQ1180:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Bahasa mElayu
122
paparan
Nota: Sebelum anda menggunakan perkakas pada kali pertama, tanggalkan kerajang pelindung daripada paparan.
Ketiga-tiga jenis pencukur (RQ1180, RQ1160 dan RQ1150) ini mempunyai paparan yang berbeza, yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
-
RQ1180 (Gamb. 4)
-
RQ1160 (Gamb. 5)
-
RQ1150 (Gamb. 6)
pengecasan
-
Pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
RQ1180
-
Apabila pencukur sedang dicas, pertama sekali lampu pengecasan bawah akan berkelip, kemudian lampu pengecasan kedua, dan seterusnya
sehingga pencukur bercas penuh (Gamb. 7).
-
Pengecasan pantas: Setelah pencukur mengandungi cukup tenaga untuk satu cukuran, lampu pengecasan bawah akan berkelip warna jingga
dan putih berganti-ganti.
RQ1160/RQ1150
-
Semasa pencukur sedang dicas, simbol bateri akan berkelip sehingga pencukur bercas penuh. (Gamb. 8)
-
Pengecasan pantas: Setelah pencukur mengandungi cukup tenaga untuk satu cukuran, simbol plag dan simbol bateri akan berkelip berganti-
ganti.
Nota: Paparan jenis RQ1160 dan RQ1150 kelihatan berbeza, tetapi ia berfungsi dengan cara yang sama.
Bateri telah dicas sepenuhnya
RQ1180
-
Apabila bateri bercas penuh, semua lampu pengecasan akan menyala berterusan. Selepas lebih kurang 30 minit, paparan akan mati secara
automatik. (Gamb. 9)
RQ1160/RQ1150
-
Apabila bateri bercas penuh, simbol bateri akan menyala berterusan. Selepas lebih kurang 30 minit, paparan akan mati semula secara
automatik. (Gamb. 10)
Nota: Paparan jenis RQ1160 dan RQ1150 kelihatan berbeza, tetapi ia berfungsi dengan cara yang sama.
Bateri lemah
RQ1180
-
Apabila bateri hampir habis (ketika hanya terdapat baki 5 minit cukuran atau kurang), lampu pengecasan bawah berkelip warna
jingga. (Gamb. 11)
-
Apabila anda mematikan pencukur, lampu pengecasan bawah akan terus berkelip selama beberapa saat.
RQ1160/RQ1150
-
Apabila bateri hampir habis (ketika hanya terdapat baki 5 minit cukuran atau kurang), simbol plag akan berkelip (Gamb. 12).
-
Apabila anda mematikan pencukur, simbol plag akan terus berkelip selama beberapa saat.
Nota: Paparan jenis RQ1160 dan RQ1150 kelihatan berbeza, tetapi ia berfungsi dengan cara yang sama.
Baki kapasiti bateri
RQ1180
-
Kapasiti bateri yang tinggal ditunjukkan oleh bilangan lampu pengecasan yang menyala. (Gamb. 13)
kunci kembara
Anda boleh mengunci pencukur apabila anda hendak mengembara. Kunci kembara mengelakkan pencukur daripada dihidupkan tanpa sengaja.
mengaktifkan kunci kembara
1
Tekan butang hidup/mati selama 3 saat untuk memasuki mod kunci kembara (Gamb. 14).
Simbol kunci akan menyala pada paparan. -tekening- (Gamb. 15)
,
Nota: Paparan jenis RQ1180, RQ1160 dan RQ1150 kelihatan berbeza, tetapi menunjukkan simbol yang sama.
menyahaktifkan kunci kembara
1
Tekan butang hidup/mati selama 3 saat.
Motor mula berjalan untuk menunjukkan bahawa kunci kembara telah dinyahaktifkan.
,
Pencukur kini telah sedia untuk digunakan sekali lagi.
Nota: Apabila anda meletakkan pencukur di dalam pengecas yang telah diplag masuk atau Sistem Pembersih Jet, kunci kembara secara automatik
akan dinyahaktifkan.
pengecasan
Pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
RQ1180/RQ1160: Pencukur bercas penuh mempunyai masa mencukur sehingga 50 minit/15 hari.
RQ1150: Pencukur bercas penuh mempunyai masa mencukur sehingga 40 minit/12 hari.
Caskan pencukur sebelum anda menggunakannya pada kali pertama dan apabila paparan menunjukkan bahawa bateri hampir habis (lihat
bahagian 'Bateri lemah' dalam bab 'Paparan').
cas cepat
Setelah pencukur dicas selama 5 minit, ia mengandungi cukup tenaga bagi sekali cukuran.
mengecas pengecas
1
Letakkan plag kecil di dalam pengecas (Gamb. 16).
2
Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Diese Anleitung auch für:

Rq1160Rq1150

Inhaltsverzeichnis