Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Makita BL1055B Betriebsanleitung Seite 170

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für BL1055B:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 16
Tip untuk mengekalkan hayat
bateri maksimum
1.
Cas bateri sebelum ternyahcas sepenuhnya.
Sentiasa hentikan operasi alat dan cas bateri
apabila anda menyedari kekurangan kuasa
alat.
2.
Jangan sekali-kali cas semula bateri yang
telah dicas sepenuhnya. Terlebih cas
memendekkan hayat servis bateri.
3.
Cas bateri dalam suhu bilik pada 10 °C - 40 °C
(50 °F - 104 °F). Biarkan bateri yang panas
menyejuk sebelum mengecasnya.
4.
Apabila tidak menggunakan bateri,
tanggalkannya daripada alat atau pengecas.
5.
Cas bateri jika anda tidak gunakannya untuk
tempoh yang lama (lebih daripada enam
bulan).
KETERANGAN
BAHAGIAN
Bateri ini boleh digunakan untuk jaket/ves berkipas dan
jaket/ves/selimut pemanas Makita berikut.
► Rajah1
Kumpulan
Jaket/ves berkipas:
A
DFV210, DFJ206, DFJ207, DFJ210, DFJ211,
DFJ212, DFJ213, DFJ214, DFJ216, DFJ304,
DFJ305, DFJ310, DFJ311, DFJ405, DFJ407,
DFJ410, DFJ411, DFJ416
Jaket/ves/selimut pemanas:
CV102D, DCV202, CJ105D, CJ106D, DCJ205,
DCJ206, CB100D, DCB200
B
Jaket berkipas /ves:
DFJ212A, DFJ213A, DFJ214A, DFJ216A,
DFJ312A, DFJ416A, DFV210A, DFV214A,
DFV215A
1.
Penunjuk paras kuasa
Apabila menggunakan jaket/ves berkipas, paras kuasa
dipaparkan.
NOTA: Jika anda menggunakan jaket/ves berkipas
dalam kumpulan A yang disenaraikan di bawah,
penunjuk paras kuasa 4 tidak akan bernyala kerana
unit kipasnya menggunakan kawalan 3 langkah.
NOTA: Jika anda menggunakan jaket/ves/selimut
pemanas, hanya penunjuk paras kuasa 4 akan
bernyala.
2.
Penunjuk kapasiti bateri
Paras kapasiti bateri yang tinggal dipaparkan.
3.
Butang kuasa
Untuk menghidupkan, tekan dan tahan butang kuasa
sehingga penunjuk paras kuasa bernyala.
Untuk menukar paras kuasa jaket berkipas/ves, tekan
butang kuasa sekejap apabila kuasa dihidupkan.
Untuk mematikan, tekan dan tahan butang kuasa
sehingga penunjuk paras kuasa dimatikan.
Model
170 BAHASA MELAYU
NOTA: Untuk menukar kepanasan jaket/ves/selimut
pemanas, tekan butang pada jaket pemanas/ves/
selimut semasa ia dihidupkan.
4.
Port USB (dengan penutup)
Port USB digunakan untuk mengecas bateri dan juga
sebagai output bekalan kuasa untuk peranti USB.
5.
Soket kuasa
Sambung kabel daripada jaket/ves/selimut atau kabel
penyesuai untuk bekalan kuasa.
6.
Kabel penyesuai untuk jaket/ves berkipas
(aksesori pilihan)
Gunakan kabel penyesuai apabila menggunakan jaket/
ves dalam kumpulan A yang disenaraikan di atas.
7.
Kabel penyesuai untuk jaket/ves/selimut
pemanas (aksesori pilihan)
Gunakan kabel penyesuai apabila menggunakan
jaket/ves/selimut pemanas dalam kumpulan A yang
disenaraikan di atas.
8.
Soket jaket/ves/selimut
Sambung kabel penyesuai yang bersesuaian untuk
jaket/ves berkipas atau jaket/ves/selimut pemanas.
Bentuk dan lokasi soket berbeza bergantung pada
jaket/ves/selimut.
9.
Kabel USB
Gunakan kabel USB untuk mengecas bateri.
KETERANGAN FUNGSI
Mengecas bateri
PERHATIAN:
Apabila mengecas, pasangkan
penyambung USB dengan kukuh kepada bateri.
Sambungan yang lemah mungkin menyebabkan
risiko asap, kebakaran dan kecederaan diri.
PERHATIAN:
Semasa mengecas, jangan
sambungkan sebarang alat kepada soket kuasa
bateri.
PERHATIAN:
Sentiasa menyahsambung
kabel USB daripada bateri selepas mengecas.
NOTIS:
Pastikan anda mengecas bateri sebelum
menggunakan mesin buat kali pertama. Bateri
yang dihantar oleh kilang tidak dicas dengan
secukupnya dan sistem perlindungan bateri mungkin
berfungsi jika digunakan tanpa mengecas.
NOTIS:
Apabila penyesuai kuasa AC
disambungkan ke bateri, alat atau mesin tidak
dapat dimulakan. Dalam kes ini, tanggalkan
penyesuai kuasa AC daripada bateri.

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis