Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Bahasa mElayu

140
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat berkenaan ciri-ciri pencukur ini serta beberapa petua untuk membuatkan
pencukuran lebih mudah dan lebih menyeronokkan.
perihalan umum (gamb. 1)
A Pencukur (RQ1290/RQ1280/RQ1260/RQ1250)
1
Perapi
2
Gelangsar hidup/mati perapi
3
Unit pencukuran
4
Tukup perlindungan
5
Pencukur
6
Butang hidup/mati pencukur
7
Paparan
B Pengecas
C Sistem Pembersih Jet (RQ1008/RQ1007) (jenis tertentu sahaja)
1
Pemegang pencukur
2
Simbol 'Ruang pembersihan kosong'
3
Simbol pembersihan
4
Simbol pengeringan
5
Butang hidup/mati Sistem Pembersih Jet (RQ1008 sahaja: dan butang atas/bawah bagi pemilihan program)
6
Butang pelepas ruang pembersihan
D Berus pembersih
E
Cecair pembersih
F
Pau
G Penyesuai
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Nota: Dalam manual pengguna ini, istilah 'perkakas' merujuk kepada pencukur dan Sistem Pembersih Jet. Jika pencukur anda tidak dibekalkan
bersama Sistem Pembersih Jet, ia merujuk kepada pencukur sahaja.
am
Bahaya
-
Pastikan penyesuai tidak menjadi basah (Gamb. 2).
amaran
-
Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan mengakibatkan
keadaan berbahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
-
Berhati-hati apabila menggunakan air panas untuk membersihkan perkakas. Anda hendaklah memastikan bahawa air tidak terlalu panas, untuk
mengelakkan tangan anda daripada melecur.
awas
-
Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet dan pengecasnya di dalam air ataupun membilasnya di bawah paip.
-
Perkakas dan aksesorinya tidak kalis mesin basuh pinggan.
-
Anda hendaklah memastikan bahawa perkakas diletakkan di atas permukaan yang tahan cecair.
-
Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.
-
Hanya gunakan aksesori yang dibekalkan.
-
Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat yang tidak melebihi 24 volt.
-
Jangan gunakan perkakas jika ia rosak.
-
Jika penyesuai atau sebarang aksesori lain rosak, pastikan bahawa anda menggantinya dengan jenis yang asli bagi mengelakkan bahaya.
-
Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya
kerana semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di dalam pencukur.
sistem pembersih Jet (jenis tertentu sahaja)
awas
-
Hanya gunakan Sistem Pembersih Jet dengan cecair pembersih HQ200 yang asli.
-
Anda hendaklah setiap kali meletakkan Sistem Pembersih Jet di atas permukaan yang stabil, rata dan datar untuk mengelakkan kebocoran.
-
Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet di dalam air.
-
Kosongkan dan bersihkan ruang pembersihan dengan menyeluruh dengan membilasnya dengan air paip yang panas setiap 15 hari.
-
Sistem Pembersih Jet membersih dengan menyeluruh tetapi tidak akan menyahkuman pencukur anda, oleh itu jangan kongsi pencukur anda
dengan orang lain.
-
Ruang pembersihan Sistem Pembersih Jet tidak kalis mesin basuh pinggan.
-
Apabila Sistem Pembersih Jet telah sedia untuk digunakan, jangan alihkannya untuk mengelakkan kebocoran cecair pembersih.
pematuhan standard
-
Pencukur ini mematuhi kelulusan antarabangsa dengan keselamatan pengawalan dan boleh digunakan dengan selamat semasa mandi atau
mandi hujan dan membersihkan bawah pili air (Gamb. 3).

Quicklinks ausblenden:

Werbung

Kapitel

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis