Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Philips SENSOTOUCH 3D RQ1290 Bedienungsanleitung Seite 145

Inhaltsverzeichnis

Werbung

membersihkan perapi
Bersihkan perapi setiap kali selepas menggunakannya.
1
Tekan gelangsar perapi ke hadapan untuk meluncurkan perapi keluar (Gamb. 24).
2
Bilas perapi di bawah air paip yang panas buat beberapa lama. (Gamb. 47)
3
Tekan gelangsar perapi ke belakang untuk menarik masuk perapi.
Petua: Untuk prestasi perapi yang optimum, lincirkan gigi perapi sekali setiap enam bulan dengan setitik minyak mesin jahit.
penyimpanan
1
Luncurkan tukup pelindung ke dalam unit pencukur untuk mengelakkan kerosakan pada kepala pencukur (Gamb. 48).
2
Simpan pencukur di dalam pau yang dibekalkan.
penggantian
Ganti unit pencukur apabila simbol unit pencukur muncul pada paparan. Ganti unit pencukur yang rosak dengan serta-merta.
Untuk prestasi pencukuran yang maksimum, kami menasihatkan agar anda mengganti unit pencukur setiap tahun.
Hanya gantikan unit pencukur dengan Unit Pencukur RQ12 Philips yang tulen.
1
Tarik lurus unit pencukuran yang lama keluar daripada pencukur (Gamb. 23).
Nota: Jangan putar unit pencukur ketika anda sedang menariknya keluar daripada pencukur.
2
Masukkan cuping unit pencukur yang baru ke dalam slot di bahagian atas pencukur (1). Kemudian tekan unit pencukur ke bawah (2)
untuk memasangnya pada pencukur ('klik') (Gamb. 25).
membuat pesanan alat ganti
Alat ganti yang berikut boleh didapati:
-
HQ8505 penyesuai
-
RQ12 Philips Unit Pencukur
-
HQ110 Philips Semburan Pembersih Kepala Pencukur
-
HQ200 Philips Cecair Pembersih
alam sekitar
-
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 49).
-
Bateri pencukur boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan
bateri sebelum membuang atau menyerahkan pencukur di pusat pungutan rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika
anda menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini
akan mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya dengan cara yang selamat bagi alam sekitar (Gamb. 50).
mengeluarkan bateri pencukur boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas apabila anda membuang pencukur. Pastikan baterinya benar-benar telah habis semasa anda
mengeluarkannya.
Berhati-hati, jalur bateri sangat tajam.
1
Tanggalkan panel belakang pencukur dengan pemutar skru.
2
Keluarkan bateri boleh cas semula.
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan servis atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com atau hubungi
Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia). Jika Pusat Layanan
Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips di tempat anda.
sekatan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan pelindung pencukur) tidak diliputi oleh terma jaminan antarabangsa kerana ia terdedah kepada kelusuhan.
menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda.
Masalah
Alat pencukur tidak
mencukur sebaik sebelum ini.
Penyebab yang mungkin
Kepala pencukur rosak atau lusuh.
Rambut yang panjang menghalang kepala pencukur.
Sistem Pembersih Jet telah tidak membersihkan pencukur
dengan betul, kerana cecair pembersih di ruang
pembersihan adalah kotor atau paras cecair pembersih
terlalu rendah.
Bahasa mElayu
Penyelesaian
Ganti unit pencukur (lihat bab 'Penggantian').
Bersihkan kepala pencukur dengan mengikuti
langkah kaedah pembersihan ekstra menyeluruh
(lihat bab 'Pembersihan dan penyelenggaraan').
Bersihkan pencukur dengan menyeluruh sebelum
anda meneruskan cukuran. Jika perlu, bersihkan
dan isi semula ruang pembersihan (lihat bab
'Pembersihan dan penyelenggaraan').
145

Quicklinks ausblenden:

Werbung

Kapitel

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis