untuk digunakan pada suhu ambien antara -4° F dan 104° F (-20° C dan 40° C). Jangan gunakan di luar julat suhu yang dinyatakan. Jangan mengecas bateri beku.
Hentikan penggunaan produk dengan segera jika bateri menjadi terlalu panas. Penyimpanan. Jangan gunakan atau simpan produk anda di kawasan yang mempunyai
kepekatan debu atau bahan bawaan udara yang tinggi. Simpan produk anda di permukaan yang rata dan kukuh supaya ia tidak terjatuh. Simpan produk anda di
lokasi yang kering. Suhu penyimpanan adalah 20° hingga 25°C (suhu purata di bawah hud). Jangan melebihi 80ºC dalam keadaan apa pun. Keserasian. Produk ini
serasi dengan bateri Asid Pumbum, AGM dan Litium berkadar 6V & 12V sahaja. Jangan cuba gunakan produk dengan jenis bateri lain. Mengecas bateri jenis kimia
yang lain boleh mengakibatkan kecederaan, kematian atau kerosakan harta benda. Hubungi pengeluar bateri sebelum cuba mengecas bateri. Peranti Perubatan.
Jangan mengecas perentak jantung atau peranti perubatan lain. Produk boleh memancarkan medan elektromagnet. Produk mengandungi komponen magnet yang
boleh mengganggu perentak jantung, defibrilator, atau peranti perubatan yang lain. Medan elektromagnet ini mungkin mengganggu perentak jantung atau peranti
perubatan lain. Rujuklah dengan doktor anda sebelum digunakan sekiranya anda mempunyai sebarang peranti perubatan termasuk alat perentak jantung. Jika anda
mengesyaki produk mengganggu peranti perubatan, berhenti menggunakan produk dengan serta-merta dan dapatkan nasihat doktor anda. Pembersihan. Matikan
produk sebelum melakukan sebarang penyelenggaraan atau pembersihan. Bersihkan dan keringkan dengan segera jika ia terkena cecair atau sebarang jenis bahan
cemar. Gunakan kain lembut, bebas bulu (microfiber). Elakkan terkena kelembapan pada bukaan. Persekitaran Mudah Meletup. Patuhi semua tanda dan arahan.
Jangan kendalikan produk di mana-mana kawasan dengan persekitaran yang berpotensi untuk mudah meletup, termasuk kawasan mengisi bahan api atau kawasan
yang mengandungi bahan kimia atau zarah seperti butir, habuk atau serbuk logam. Aktiviti Berisiko Tinggi. Produk ini tidak bertujuan untuk penggunaan di mana
kegagalan produk boleh membawa kepada kecederaan, kematian atau kerosakan persekitaran yang teruk. Gangguan Frekuensi Radio. Produk direka, diuji, dan
dikeluarkan untuk mematuhi peraturan yang mengawal pancaran frekuensi radio. Pancaran sedemikian daripada produk boleh menjejaskan operasi peralatan elektronik
lain, yang menyebabkan kerosakan. Nombor Model: Genius1 Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi adalah tertakluk kepada dua syarat berikut:
(1) peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan berbahaya, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin
menyebabkan operasi yang tidak diingini. NOTA: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti digital Kelas A, menurut Bahagian 15 Peraturan FCC.
Had ini direka untuk memberikan perlindungan munasabah terhadap gangguan yang berbahaya apabila peralatan dikendalikan dalam persekitaran komersil. Peralatan
ini menjana, menggunakan, dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio dan jika tidak dipasang dan digunakan mengikut maual arahan, ia boleh menyebabkan
gangguan berbahaya kepada komunikasi radio. Pengendalian peralatan ini di kawasan kediaman mungkin menyebabkan gangguan berbahaya di mana pengguna
dikehendaki membetulkan gangguan menggunakan perbelanjaan mereka sendiri.
MS