Apabila anda melegarkan hujung smartpen anda pada Halaman Tablet dan kemudian mengetuk untuk
melakukan klik tetikus, kursor pada skrin anda mungkin kelihatan bergerak pada skrin (biasanya ke
bawah). Kesan ini adalah berkaitan dengan kesan paralaks, yakni kedudukan ketara hujung smartpen
dari sudut pandangan anda adalah berbeza dengan sudut pandangan kamera di hujung smartpen.
Kamera "melihat" set koordinat (kedudukan pada halaman) yang berbeza sedikit dengan anda.
Secara umum, untuk meminimumkan kesan melompat kursor anda, ikuti garis panduan ini:
•
Gunakan notebook terbesar yang boleh didapati untuk Tablet Page anda. Menggunakan sekeping
kertas yang lebih besar meningkatkan resolusi Paper Tablet.
•
Setkan kelajuan dwiklik komputer anda kepada perlahan.
•
Sebelum mengetuk, gerakkan smartpen anda supaya sangat dekat dengan halaman.
•
Semasa mengetuk, pegang smartpen anda dalam kedudukan tegak, tegak lurus dengan
permukaan halaman. Atau, jika anda memegang smartpen anda pada sudut tertentu, ketuk dengan
menggerakkan smartpen anda dalam arah hujung smartpen pada sudut yang sama. Ini mengikuti
sudut pandangan kamera smartpen.
Panduan Pengguna Paper Tablet Livescribe
™
Mempelajari Asas-asas Paper Tablet
15