Pelancaran Paper Tablet Livescribe™
Sama seperti aplikasi smartpen yang lain, anda boleh melancarkan Paper Tablet Livescribe™
menggunakankan menu Nav Plus atau Launch Line. Lihat Panduan Pengguna Smartpen Livescribe
untuk butir-butir tentang perintah ini.
Melancarkan Paper Tablet Livescribe™ dengan Launch Line
Dengan menggunakan Launch Line, anda boleh melancarkan aplikasi Paper Tablet Livescribe™
dengan cepat.
Mencipta dan menggunakan Launch Line untuk Paper Tablet Livescribe™:
1.
Tanpa menjalankan aplikasi lain, lukis garis mendatar pada notebook anda (bermula dari kanan
atau kiri) dan tanpa mengangkat hujung smartpen anda dari halaman, serta-merta berpatah balik
pada garis itu dan berhenti hampir dengan tempat anda bermula.
2.
Serta-merta mula menulis perkataan Tablet di atas garisan itu. Sambil anda menulis beberapa
huruf yang pertama, lihat paparan smartpen anda. Jika ia menunjukkan perintah "Tablet", ketuk dua
kali di mana-mana sahaja pada halaman untuk menjalankannya. Anda tidak perlu menulis seluruh
nama perintah.
C
:
ATATAN
•
Untuk melancarkan Paper Tablet pada masa lain, ketuk pada nama Launch Line. Nama ini kekal
sebagai "butang" aktif yang anda boleh ketuk pada bila-bila masa untuk melancarkan aplikasi.
•
Semasa mod Tablet aktif, anda masih boleh menggunakan aplikasi dan fungsi smartpen yang lain.
Panduan Pengguna Paper Tablet Livescribe
™
Pelancaran Paper Tablet Livescribe™
5