Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

ResMed ClimateLineAir 11 Bedienungsanleitung Seite 152

Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 8
Nota: Hujung penyambung elektrik tiub udara yang dipanaskan
hanya serasi dengan salur keluar udara pada hujung peranti dan
tidak boleh dipasang kepada topeng muka.
Tetapan peranti
Kawalan Iklim
Kawalan Iklim direka untuk menjadikan terapi lebih selesa dengan
membolehkan suhu tetap dan mengekalkan kelembapan.
Ciri ini:
menyampaikan tahap kelembapan dan suhu yang selesa
semasa terapi
mengekalkan suhu yang ditetapkan dan kelembapan relatif
semasa tidur untuk mengelak kekeringan pada hidung dan
mulut
boleh ditetapkan sama adaAutomatik atau Manual
hanya tersedia apabila kedua-dua tab ClimateLineAir 11 dan
HumidAir 11 disambungkan.
Kawalan Iklim - Tetapan Automatik
Automatik ialah tetapan yang disyorkan dan lalai. Ia direka untuk
memudahkan terapi supaya tidak perlu menukar tetapan suhu
atau kelembapan.
Tetapkan suhu tiub kepada Automatik (27ºC). Jika udara dalam
topeng muka terlalu panas atau terlalu sejuk, anda boleh
melaraskan suhu tiub kepada mana-mana suhu dari 16 hingga
30ºC atau matikan langsung
Laraskan output pelembap untuk mengekalkan tahap
kelembapan yang tetap dan selesa pada paras 85%
kelembapan relatif
Melindungi daripada titisan air (titisan air dalam tiub udara dan
topeng muka yang dipanaskan).
Kawalan Iklim - Tetapan Manual
Manual direka untuk menawarkan lebih fleksibiliti dan kawalan ke
atas tetapan dan menawarkan yang berikut:
Suhu dan kelembapan boleh dilaraskan untuk mencari tetapan
yang paling selesa
Tahap suhu dan kelembapan boleh ditetapkan secara
berasingan
Perlindungan gangguan akibat hujan tidak dijamin. Jika
gangguan akibat titisan air berlaku, cuba tingkatkan suhu tiub
terlebih dahulu
Jika suhu udara menjadi terlalu panas dan gangguan akibat
titisan air berterusan, cuba kurangkan kelembapan.
Nota: Jika Kawalan Iklim ditetapkan kepada Manual, tetapan
Suhu Tiub Automatik tidak tersedia.
Tahap Kelembapan
Pelembap melembapkan udara dan direka untuk membuat terapi
lebih selesa.
Jika hidung atau mulut anda menjadi kering, tambahkan
kelembapan.
2

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis