Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Malay//Panduan Pemasangan Ringkas - Abit AB9 QuadGT Installationsanleitung

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für AB9 QuadGT:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 35

4.17 Malay//Panduan Pemasangan Ringkas

"Panduan Pemasangan Ringkas" ini hanya
mengandungi maklumat perkakasan asas
yang anda mungkin perlu semasa memasang
papan induk abit anda. Untuk pengendalian
lanjutan, anda perlu rujuk ke versi
lengkapnya.
Langkah Berjaga-jaga bagi Penyediaan
Perkakasan
• Sentiasa matikan bekalan kuasa dan keluarkan kord
kuasa dari alur keluar AU sebelum memasang papan atau
menukarkan apa-apa pengesetan.
• Bumikan diri anda dengan sempurna dengan memakai
pengikat tangan keselamatan statik sebelum
mengeluarkan papan dari beg anti-statik.
• Pegang bahagian tepi papan.. Elak daripada menyentuh
apa-apa komponen di atasnya.
• Elak daripada menyentuh modul penghubung dan cip-cip
IC.
• Letakkan papan pada permukaan anti statik yang telah
dibumikan atau di atas beg anti statik papan itu.
Memasang Papan Ke Casis
Casis komputer bagi papan induk ini harus:
• Menampung faktor bentuk papan induk ini.
• Menyokong semua kabel penyambung pada papan induk
termasuk penunjuk dan suis pada casis.
• Dapat membekalkan kuasa dan ruang yang mencukupi
bagi semua pemacu yang anda ingin pasang.
• Templat I/O di panel belakang sepadan dengan port I/O
dan lubang alur tambahan pada papan induk.
Untuk memasang papan induk ke dalam casis, anda harus:
• Hadapkan bahagian sisi port I/O ke bahagian belakang
casis.
• Kenal pasti lokasi lubang-lubang skru pada kedua-dua
tapak papan induk dan casis.
• Letakkan semua stad atau peruang yang diperlukan pada
tapak casis dan ketatkannya.
• Bariskan semua lubang skru di atas papan induk agar
sejajar dengan stad atau peruang pada casis.
• Ketatkan semua skru.
Untuk mengelak daripada berlaku litar pintas pada
litar PCB, sila KELUARKAN semua stad atau peruang
logam sekiranya ia sudah dipasang pada tapak casis
dan tidak ada lubang cagak untuk disejajarkan pada
papan induk ini.
Padamkan Pelompat CMOS
Pelompat ini digunakan
untuk memadamkan
ingatan CMOS untuk
pengesetan semula
kandungan BIOS. Anda
mungkin perlu
memadamkan ingatan
CMOS sekiranya
pengesetan BIOS tidak betul dan mengelak papan induk
anda daripada berfungsi.
Untuk memadamkan ingatan CMOS, tanggalkan semua kabel
kuasa dari papan induk, pasangkan tukup pelompat pada
pengesetan "Clear CMOS" untuk beberapa saat, kemudian
pasangkan semula tukup pelompat ke pengesetan "Normal".
Selepas bekalan kuasa disambung semula dan anda telah
reboot komputer, kandungan BIOS akan diset semula
kepada tata rajah lalainya.
AB9 QuadGT
Menyambungkan Komponen-komponen Casis
Bekalan Kuasa ATX: [ATXPWR1], [ATX12V1]
• Sambungkan bekalan kuasa ATX standard ke
penyambung pin 2x12 [ATXPWR1].
• Sambungkan bekalan kuasa tambahan ke penyambung
pin 2x2 [ATX12V1].
Penyambung KIPAS:
• [CPUFAN1]: Penyambung kipas pendingin CPU.
• [SYSFAN1]: Penyambung kipas pendingin sistem.
• [AUXFAN1]: Penyambung kipas pendingin tambahan.
• [NBFAN1]: Penyambung kipas pendingin Northbridge.
Penyambung-penyambung kipas ini bukannya
pelompat. JANGAN letakkan tukup pelompat pada
penyambung-penyambung ini.
Penyambung Panel Depan: [FPIO1]
• [HLED]: Sambungkan ke kabel HDD LED.
• [RST]: Sambungkan ke kabel Suis Pengesatan Semula.
• [SPKR]: Sambungkan ke kabel Sistem Pembesar Suara.
• [SLED]: Sambungkan ke kabel Gantung LED.
• [PWR]: Sambungkan ke kabel Suis Kuasa.
• [PLED]: Sambungkan ke kabel Kuasa LED.
Panel Depan Kepala Penyambung Audio:
[FP-AUDIO1]
Pengepala ini untuk sambungan panel
depan bagi Audio HD (High Definition)
(Definisi Tinggi), tetapi untuk CODEC
Audio AC97 sambungan , awda
hendaklah memeriksa dengan teliti
penugasan cemat sebelum
menyambung dari modul panel depan.
Sambungan yang tidak tepat mungkin akan
mengakibatkatkan malfungsi atau kerosakan pada papan ibu.
Tolong jangan sambung Kabel "Bumi" atau kabel
"USB VCC" dari modul panel depan ke Pin 4 AVCC
pengepala ini.
Tugasan
Pin
(HD AUDIO)
1
MIC2 L
2
AGND
3
MIC2 R
4
AVCC
5
FRO-R
6
MIC2_JD
7
F_IO_SEN
9
FRO-L
10
LINE2_JD
Tugasan
Pin
(AC'97 AUDIO)
1
MIC In
2
GND
3
MIC Power
4
NC
5
Line Out (R)
6
NC
7
NC
9
Line Out (L)
10
NC
4-33

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis