Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Philips HP3616 Bedienungsanleitung Seite 33

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für HP3616:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 11
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Bersedia untuk menggunakannya
Jangan gantungkan perkakas dari siling atau di dinding.
1
Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.
2
Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar serta pastikan terdapat sekurang-
kurangnya 15 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan
melampau.
Menggunakan perkakas
Kesan infraPhil
InfraPhil memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan menghangatkan
tisu. Kehangatan ini memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu mengurangkan kesakitan.
Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan pembuluh darah, yang akan
melajukan penghantaran bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu badan.
Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepatkan proses metabolisme dan pengeluaran bahan
buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu mudah dilenturkan, kehangatan juga
mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur.
Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan menggunakan InfraPhil dapat melegakan sementara kesakitan
akibat masalah otot dan sendi, dan ia sesuai bagi kegunaan kosmetik.
Nota: Sila baca bahagian 'Amaran' dalam bab 'Penting' dan ikuti arahan yang tertera di sana
sebelum anda menggunakan perkakas.
aplikasi
aplikasi terapeutik
InfraPhil adalah perkakas terapi kehangatan setempat. Kemungkinan penggunaan terapeutik:
-
Rawatan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.
-
Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang.
Penggunaan kosmetik
Nota: Tanggalkan semua alat solek daripada muka anda sebelum rawatan untuk hasil optimum.
InfraPhil mengekalkan kesihatan dan kebersihan kulit muka anda akibat kesan rangsangannya
terhadap peredaran darah.
-
Cahaya inframerah membuka liang kulit. Ini membolehkan pembersihan kulit yang lebih baik.
-
Akibat cahaya inframerah, krim atau produk penjagaan kulit yang lain diserap dengan lebih baik
dan lebih cepat oleh kulit.
Penggunaan lain
Anda juga boleh menggunakan InfraPhil untuk tujuan-tujuan berikut:
-
Pengenduran otot
-
Persediaan untuk mengurut
Menggunakan infraPhil
1
Tentukan jarak antara badan dan perkakas:
-
Apabila anda merawat kesakitan pada otot, jarak antara lampu dan bahagian yang hendak
dirawat mestilah lebih kurang 30sm. Pastikan bahawa kehangatan itu terasa selesa pada kulit
anda. Tambahkan jarak jika kehangatan menjadi terlalu kuat.
BaHasa MElayu
33

Quicklinks ausblenden:

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis