Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Bahasa Malaysia - IKEA VRENEN AA-2182320-2 Bedienungsanleitung

Inhaltsverzeichnis

Werbung

membersihkan perabot plastik dengan pembersih
yang kuat atau bahan abrasif karena dapat
mengubah warna atau merusak permukaan.
Bahasa Malaysia
Kotak storan VRENEN melindungi barangan seperti
kusyen luar, pelapik dan perkakas berkebun anda
yang lebih kecil daripada matahari, kotoran, habuk,
debunga dan salji. Ia juga kekal tersusun apabila
tidak digunakan. Dengan melindungi barangan
anda di dalam kotak storan, ia merupakan cara
yang mudah dan berkesan agar nampak kekal
berseri dan baharu lebih lama. Perhatian! Jika anda
menyimpan tekstil seperti kusyen luar dan pelapik,
pastikan semua produk yang disimpan betul-betul
kering sebelum disimpan di dalam kotak storan.
CARA PENGGUNAAN
Kami mencadangkan kusyen luar dan pelapik
anda disimpan di dalam kotak storan apabila tidak
digunakan agar ia kekal bersih dan kering. Semasa
di luar musim, kusyen luar dan pelapik kekal dalam
keadaan terbaik jika disimpan di tempat yang
kering dan dingin di dalam rumah. Kotak storan
tidak dikhususkan untuk kegunaan kanak-kanak.
Kotak storan ada pengudaraan di bahagian
bawah untuk mengudarakan kotak storan agar
peningkatan pemeluwapan semasa perubahan
suhu lenyap dengan lebih pantas. Letakkan kotak
storan agar udara tidak dapat masuk melalui
lubang pengudaraan.
Kami cadangkan kotak storan tidak diisi
sepenuhnya - ini membolehkan udara beredar di
dalamnya. Jika udara dibiarkan beredar di dalam
kotak storan apabila tertutup, produk kekal berseri
lebih lama.
Sentiasa pastikan berat disebarkan secara sekata
di dalam kotak storan. Kotak storan boleh diisi
sehingga maksimum 70 kg jika berat disebarkan
secara sekata di dalam kotak.
40

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis