Herunterladen Diese Seite drucken

Oppo CPH1729 Kurzanleitung Seite 7

Werbung

Selamat Menggunakan Telefon Pintar OPPO
Panduan ini menunjukkan cara untuk mengendalikan telefon dan
fungsi-fungsi yang penting. Anda juga boleh melawat laman web OPPO
untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Aksesori sedia ada
Anda akan diberi aksesori sedia ada seperti di bawah:
1 Telefon, 1 Pengecas, 1 Fon-telinga, 1 Wayar data USB, 1 Panduan
keselamatan, 1 Panduan pengguna, 1 Alat pembuka SIM, 1 Casing.
Amaran:
Jangan letakkan telefon atau bateri berhampiran atau di dalam peralatan
pemanasan, peralatan memasak, bekas tekanan tinggi (seperti ketuhar
gelombang mikro, dapur aruhan, ketuhar elektrik, pemanas, periuk
tekanan, pemanas air, dapur gas, dsb.) untuk mengelakkan pemanasan
melampau bateri yang boleh menyebabkan letupan.
Pengecas, kabel data dan bateri asal hendaklah digunakan. Pengecas,
kabel data atau bateri tidak diluluskan yang tidak diperakui oleh
pengeluar boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran, letupan
atau bahaya lain.
Semasa mengecas telefon, sila letak peranti dalam persekitaran suhu
bilik dan pengalihan udara yang baik. Anda disarankan agar mengecas
peranti dalam persekitaran suhu bilik 0°C ~ 35°C.
Penutup belakang tidak boleh ditanggalkan.
7

Werbung

loading