Herunterladen Diese Seite drucken

IKEA HAMMARP Bedienungsanleitung Seite 36

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 5
BAHASA MALAYSIA
Bahagian atas kerja diperbuat daripada
kayu padu, yang mengandungi kelembapan
8-10%. Ini adalah kandungan kelembapan
yang tepat untuk bahagian atas kerja
yang akan digunakan untuk suhu dan
kelembapan yang normal. Disebabkan
kayu adalah bahan alam semula jadi yang
mengembang dan mengecut bergantung
kepada tahap kelembapan, kayu bahagian
atas kerja mungkin akan melengkung. Ini
boleh dielakkan dengan mengikuti arahan
pemasangan dan penjagaan dibawah.
Apabila menyimpan bahagian atas kerja,
dirikan menegak bahagian yang lebih
panjang. Jangan buka bungkusan plastik
sehingga anda bersedia untuk memasang
bahagian atas kerja itu. Sebelum
pemasangan, simpan bahagian atas kerja
di dalam bilik bersuhu dan mempunyai
kelembapan yang normal. Jangan
sandarkan bahagian atas kerja ke radiator
yang hangat atau diletakkan di atas lantai
yang sejuk.
Bahagian atas kerja telah dirawat di kilang
dengan selapis salutan minyak rawatan
kayu. Selepas pemasangan, empelas
mengikut alur kayu. Sediakan bahagian
atas kerja dengan menggilap permukaan
kayu dengan kertas pasir halus atau
Scotch-Brite. Bersihkan habuk kayu
dengan kain kering. Gunakan berus atau
kain untuk menyapu minyak rawatan kayu
BEHANDLA ke lapisan yang nipis dan rata.
Biarkan minyak meresap ke dalam kayu
selama 15 minit. Gunakan kain yang lembut
untuk mengelap minyak yang berlebihan.
Biarkan permukaan kering. Ulang rawatan
ini sebanyak tiga kali dengan jarak lebih
kurang sehari di antara setiap rawatan
bagi memastikan minyak kering. Gilap
permukaan secara ringan dengan lembut
selepas rawatan pertama menggunakan
kertas pasir. Apabila keseluruhan
permukaan kering, kilatkan dengan kertas
kasar atau kadbod untuk mendapatkan
permukaan yang licin. Untuk memastikan
bahagian atas kerja kekal dengan
permukaan yang tahan lasak, rawat dengan
minyak rawatan kayu BEHANDLA sekali
setahun atau apabila perlu. Rawatan perlu
dilakukan lebih kerap di bahagian atas
kerja yang mungkin lebih kering seperti di
sekitar sink dan hob.
Kesan calar dan kerosakan kecil boleh
dirawat menggunakan kertas pasir halus
dengan blok empelas. Sentiasa empelas
mengikut alur permukaan bahagian atas
kerja. Untuk pembersihan harian, gunakan
pencuci biasa, sabun atau air. Jangan
gunakan bahan kimia untuk membersihkan
bahagian atas kerja.
Bahagian atas kerja yang dipasang di atas
mesin basuh pinggan mangkuk, mesin
basuh atau ketuhar mesti dilindungi di
bahagian bawahnya dengan penghalang
serapan FIXA.
PENTING!
Cuci berus dan rendam kain yang telah
digunakan dan letakkannya di dalam beg
yang kedap untuk mengelakkan risiko
pembakaran spontan.
36

Werbung

loading