Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

IKEA KÅSEBERGA AA-2292233-1 Bedienungsanleitung Seite 71

Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 6
Jangan guna barbeku di ruang yang terkurung dan/
atau dihuni cth. rumah, khemah, karavan, rumah
bergerak, bot. Bahaya kematian akibat keracunan
karbon monoksida.
SENARAI CIRI
Penomboran bagi ciri-ciri produk yang ditunjukkan
merujuk pada ilustrasi barbeku di muka surat grafik.
1. Hud
2. Gril masak
3. Bolong
4. Dulang arang
5. Badan Barbeku
6. Sangga Barbeku
7. Pemegang
ARAHAN PENGGUNA
Sebelum meneruskan, pastikan bahawa anda
memahami pernyataan AMARAN dalam manual ini.
Jangan sekali-kali menggunakan alat memasak kasar
pada permukaan gril masak (2) bagi mengelakkan
permukaannya daripada rosak.
Penyediaan sebelum memasak - Untuk mengelakkan
makanan daripada melekat pada gril masak, gunakan
berus dengan pemegang panjang untuk menyapukan
salutan nipis minyak masak atau minyak sayuran
sebelum setiap sesi barbeku.
Catatan: Semasa memasak menggunakan barbeku
anda untuk pertama kalinya, cat di bahagian luar
barbeku mungkin berubah warna sedikit kerana suhu
tinggi. Ini adalah perkara biasa dan sememangnya
dijangkakan.
Menyalakan barbeku
Tempatkan lapisan arang yang sekata kira-kira 3.4 sm
/ se dalam 1.2 - 1.6 di atas dulang arang.
Sapukan gel nyalaan pada arang dengan berhati-hati.
Nyalakan arang dengan penirus yang panjang atau
mancis.
Apabila api mula malap, periksa yang arang mula
menyala merah.
Disarankan agar arang kekal merah untuk kira-
kira selama 30-40 minit sebelum memasak di atas
barbeku.
Jangan mula masak sehingga terdapat salutan abu
kelabu pada arang.
Selesai Sesi Memasak
Gunakan kain yang lembap dengan air suam berserta
cecair pencuci untuk membersihkan barbeku. Jangan
gunakan bahan yang mengakis.
Barbeku akan rosak jika pencuci yang mengakis atau
objek tajam digunakan untuk membersihkannya.
Keselamatan Makanan
Sila baca dan patuhi nasihat ini apabila memasak
barbeku anda:
Sentiasa cuci tangan anda sebelum dan selepas
mengendalikan daging mentah dan sebelum
makan.
Sentiasa letakkan daging mentah jauh daripada
daging masak dan makanan lain.
Sebelum memasak, pastikan permukaan gril
barbeku serta peralatannya bersih dan bebas
daripada sisa makanan lama.
Jangan gunakan peralatan yang sama untuk
mengendalikan makanan yang telah dimasak dan
belum dimasak.
Pastikan semua daging dimasak sepenuhnya
sebelum menikmatinya.
Untuk mengelakkan risiko daging tidak masak
sepenuhnya, belah daging untuk memastikan
bahagian dalamnya masak.
Masakan awal untuk daging yang lebih besar
disyorkan sebelum anda memasaknya di atas
barbeku.
Selepas memasak di atas barbeku anda, sentiasa
bersihkan permukaan gril memasak dan peralatan.
Penjagaan, Penyenggaraan dan Storan
Bersihkan barbeku anda dengan kerap di antara
penggunaan dan terutamanya selepas disimpan
lama.
Pastikan barbeku dan komponennya cukup sejuk
sebelum dibersihkan.
Jangan sesekali menyimbah barbeku dengan air
apabila permukaannya panas.
Jangan sesekali mengendalikan bahagian yang
panas dengan tangan yang tidak beralas.
Jangan biarkan barbeku anda terdedah apabila
tidak digunakan. Simpan barbeku anda di dalam
bangsal atau garaj apabila tidak digunakan untuk
mengelakkan kesan cuaca, terutamanya jika anda
tinggal berdekatan kawasan pantai.
Pendedahan berterusan kepada cahaya matahari,
air, udara laut/air laut boleh menyebabkan
kerosakan kepada barbeku anda. (Penutup
mungkin tidak cukup untuk melindungi barbeku
anda dalam sesetengah situasi ini.)
Bagi memanjangkan hayat dan mengekalkan
keadaan barbeku anda, kami mengesyorkan anda
menutupnya dengan sarung apabila dibiarkan
di luar bangunan, tanpa mengira berapa lama ia
berada di luar, terutamanya ketika bulan musim
sejuk.
Sebelum barbeku disimpan, pastikan semua baki
abu atau arang dibersihkan.
71

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis