Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Bahasa Malaysia - IKEA VIKIS Handbuch

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für VIKIS:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 5
BAHASA MALAYSIA
Jam loceng VIKIS mempunyai tarikh,
masa dan fungsi dering dan lampu latar.
Tambahan kepada fungsi dering, anda
juga boleh mengaktifkan fungsi tambahan
yang mengeluarkan isyarat (bunyi)
setiap jam dan fungsi dering sekejap
yang membolehkan anda bangun secara
beransur-ansur.
FUNGSI BUTANG
Butang SET dan MODE digunakan untuk
menentukan pelbagai fungsi jam. Sila lihat
di bawah untuk ilustrasi dan penerangan
yang lebih terperinci. Butang LIGHT
digunakan untuk memasang lampu latar.
BAGAIMANA MENENTUKAN TARIKH
DAN MASA
1. Tekan butang SET 4 kali untuk
mempamirkan BULAN. Gunakan butang
MODE untuk menentukan bulan yang
betul.
2. Tekan butang SET sekali lagi untuk
mempamirkan HARI. Gunakan butang
MODE untuk menentukan hari yang
betul.
3. Tekan butang SET sekali lagi untuk
mempamirkan JAM. Gunakan butang
MODE untuk menentukan masa yang
betul. Terdapat A/P atau H pada
bahagian kanan paparan. A = AM. P =
PM. H = jam 24 jam. (Pilih format yang
diingini dengan menekan butang MODE.)
4. Tekan butang SET sekali lagi untuk
mempamirkan MINIT. Gunakan butang
MODE untuk menentukan nilai minit.
5. Untuk mengesahkan ketetapan yang
telah anda tentukan, tekan SET dan
kemudian tekan MODE.
BAGAIMANA MELIHAT PENETAPAN
TERKINI
Tekan butang MODE untuk melihat
ketetapan yang terkini.
Tekan sekali untuk menunjukkan masa
deringan terkini.
Tekan 2 kali untuk menunjukkan tarikh
terkini.
Tekan 3 kali untuk menunjukkan saat terkini
(Tekan SET untuk saat menjadi kosong.)
Tekan 4 kali untuk kembali ke masa terkini
ISYARAT & DERINGAN SETIAP JAM
Untuk menetapkan deringan:
1. Tekan butang SET sekali dan kemudian
tekan butang MODE untuk mengaktifkan
fungsi deringan. Tekan SET sekali lagi
dan gunakan butang MODE untuk
menetapkan jam untuk isyarat deringan.
2. Tekan SET sekali lagi dan gunakan
butang MODE untuk menetapkan minit
untuk isyarat deringan.
3. Tekan SET semula untuk mengesahkan
penetapan.
UNTUK MEMADAMKAN ISYARAT
DERINGAN
1. Untuk memadamkan isyarat semasa ia
berdering, tekan butang SET.
Anda juga boleh memilih untuk
memadamkan isyarat deringan untuk
sementara menggunakan butang MODE.
Jika anda gunakan fungsi berhenti
sekejap, deringan akan berbunyi setiap
5 minit sehingga anda memadamkannya
sepenuhnnya dengan menekan butang SET.
UNTUK MENGAKTIF/MEMATIKAN
ISYARAT DERINGAN
1. Tekan butang SET sekali dan kemudian
tekan butang MODE untuk mengaktifkan
atau mematikan deringan dan fungsi
isyarat setiap jam; ALARM ON (
CHIME ON (
), ALARM OFF and CHIME
OFF
2. Tekan butang SET tiga kali lagi untuk
kembali ke masa terkini.
34
),

Quicklinks ausblenden:

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis