Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Bahasa Malaysia - IKEA HAMNÖN AA-2286091-2 Bedienungsanleitung

Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 4
Bahasa Malaysia
PENTING:
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK
RUJUKAN DI MASA HADAPAN
Ikuti semua amaran dan arahan pemasangan dengan
berhati-hati. JANGAN guna buaian sehingga dipasang
sepenuhnya.
AMARAN!
Muatan berat maksimum ialah 120 kg/265 lb.
Pasang buaian agar titik terendahnya tidak lebih
daripada 60 sm dari atas tanah.
JANGAN pasang di atas konkrit, asfalt, tanah
yang dipadatkan, atau lain-lain permukaan keras.
Terjatuh boleh menyebabkan kecederaan serius
kepada pengguna.
SELALU periksa buaian, tali dan pengancing yang
diguna sebelum setiap penggunaan.
Kanak-kanak tidak sepatutnya mengguna buaian
tanpa seliaan orang dewasa.
Arahkan kanak-kanak agar tidak berjalan atau
bermain berdekatan buaian ketika ia berayun.
JANGAN masuk atau keluar dari buaian ketika ia
sedang berayun.
JANGAN guna buaian jika bahagian patah, koyak
atau hilang. JANGAN gantikan barang. Hubungi
gedung IKEA terdekat untuk barangan gantian.
Arahan penjagaan
Pembersihan: Basuh dengan tangan dalam air suam
40°C (104°F). Elak cangkuk logam daripada basah,
Tampatkan buaian dan tali di dalam baldi besar
atau tab yang berisi air suam. Tambahkan cecair
pencuci lembut dan gunakan berus lembut untuk
menanggalkan sebarang kesan. Bilas betul-betul.
Keringudarakan di atas permukaan rata.
Penstoran: Bila kerap tidak digunakan, simpan buaian
di tempat nyaman, kering di dalam rumah. Di akhir
musim. basuh dan kering buaian betul-betul sebelum
disimpan.
Amaran tambahan/arahan
Amaran tambahan/arahan apabila menggunakan
sangga buaian.
Pasangkan sangga buaian dan kemudian pasangkan
buaian HAMNÖN mengikut arahan pemasangan yang
disertakan.
36
AMARAN!
Tempatkan pendiri yang terpasang dengan buaian
di atas permukaan yang rata dan seimbang di jarak
yang selamat daripada objek lain atau halangan.
Kerap periksa kancing untuk keketatan dan
ketatkan semula jika perlu.
JANGAN terlalu ayun buaian kerana akan
menyebabkan buatan tak stabil.
JANGAN guna pendiri jika bahagian patah atau
hilang. jANGAN ganti bahagian. Hubungi stor IKEA
terdekat untuk bahagian gantian.

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Inhaltsverzeichnis