Herunterladen Inhalt Inhalt Diese Seite drucken

Husqvarna DM400 Bedienungsanweisung Seite 586

Vorschau ausblenden Andere Handbücher für DM400:
Inhaltsverzeichnis

Werbung

Verfügbare Sprachen
  • DE

Verfügbare Sprachen

  • DEUTSCH, seite 108
Jika alat berkuasa terpaksa digunakan di kawasan
lembap, gunakan bekalan yang dilindungi peranti
arus sisa (RCD). Penggunaan RCD mengurangkan
risiko kejutan elektrik.
Keselamatan peribadi
Sentiasa berjaga-jaga, berhati-hati dengan kerja dan
gunakan akal ketika menggunakan alat berkuasa.
Jangan gunakan alat berkuasa apabila anda penat
atau di bawah pengaruh dadah, alkohol atau ubat.
Sesaat leka semasa menggunakan alat berkuasa
mungkin menyebabkan kecederaan diri yang serius.
Gunakan kelengkapan pelindung peribadi. Sentiasa
gunakan pelindung mata. Kelengkapan pelindung
seperti topeng habuk, kasut keselamatan tidak
gelincir, topi keras, atau pelindung telinga yang
digunakan dalam keadaan yang sesuai akan
mengurangkan kecederaan diri.
Elakkan kuasa dihidupkan secara tidak sengaja.
Pastikan suis berada pada kedudukan mati sebelum
menyambung ke sumber kuasa dan/atau pek bateri,
mengangkat atau membawa alat. Membawa alat
berkuasa dengan jari anda pada suis atau alat kuasa
bertenaga yang suisnya dihidupkan akan
mengundang kecederaan.
Alihkan sebarang kunci penyelarasan atau
perengkuh sebelum menghidupkan alat berkuasa.
Perengkuh atau kunci yang melekat pada bahagian
alat berkuasa yang berputar mungkin akan
menyebabkan kecederaan diri.
Jangan menjangkau tinggi. Pastikan anda berpijak
dengan kukuh dan seimbang setiap masa. Ini
memberi anda kawalan yang lebih baik terhadap alat
berkuasa dalam situasi tidak diduga.
Pakai pakaian sesuai. Jangan pakai baju yang
longgar atau barang kemas. Jauhi rambut dan
pakaian daripada bahagian yang bergerak. Pakaian
yang berjurai, barang kemas atau rambut panjang
boleh tersekat dalam bahagian yang bergerak.
Jika peranti disediakan untuk sambungan peralatan
penyedut dan pengumpul habuk, pastikan peranti
disambung dan digunakan dengan betul.
Penggunaan pengumpul habuk boleh
mengurangkan bahaya berkaitan habuk.
Jangan biarkan kebiasaan daripada kerap
menggunakan alat menjadikan anda lalai dan
mengabaikan prinsip keselamatan alat. Satu
tindakan cuai boleh menyebabkan kecederaan teruk
dalam sekelip mata.
Penggunaan dan penjagaan alat
berkuasa
Jangan menggunakan paksaan pada alat berkuasa.
Gunakan alat berkuasa yang betul untuk kerja anda.
Alat berkuasa yang betul adalah lebih berkesan dan
selamat seperti mana direka bentuk.
Jangan menggunakan alat berkuasa jika suis tidak
dapat menghidupkan atau mematikannya. Sebarang
586
alat berkuasa yang tidak dapat dikawal dengan suis
adalah berbahaya dan mesti dibaiki.
Cabut plag daripada sumber kuasa dan/atau
tanggalkan pek bateri, jika boleh ditanggalkan,
daripada alat berkuasa sebelum membuat sebarang
pelarasan, menukar aksesori atau menyimpan alat
berkuasa. Langkah keselamatan pencegahan ini
mengurangkan risiko menghidupkan alat berkuasa
secara tidak sengaja.
Simpan alat berkuasa yang melahu jauh daripada
kanak-kanak dan jangan benarkan orang yang tidak
biasa dengan alat berkuasa atau dengan arahan ini
untuk menggunakannya. Alat berkuasa adalah
berbahaya di tangan pengguna yang tidak mahir.
Senggarakan alat berkuasa dan aksesori. Periksa
ketidakjajaran atau ikatan bahagian yang bergerak,
bahagian pecah dan keadaan lain yang mungkin
memberikan kesan kepada operasi alat berkuasa.
Jika rosak, pastikan alat berkuasa dibaiki sebelum
digunakan. Banyak kemalangan disebabkan
penyenggaraan alat berkuasa yang tidak betul.
Pastikan alat pemotong sentiasa tajam dan bersih.
Alat pemotong yang dijaga rapi dengan hujung
pemotong tajam sukar terikat dan lebih mudah
dikawal.
Gunakan alat berkuasa, aksesori dan bahagian lain
dll. menurut arahan ini, dengan mengambil kira
keadaan kerja dan kerja yang perlu dilaksanakan.
Penggunaan alat berkuasa untuk operasi yang
berbeza daripada fungsi asalnya mungkin boleh
membahayakan.
Pastikan pemegang dan permukaan pemegang
kering, bersih serta tiada minyak dan gris.
Pemegang dan permukaan pegangan yang licin
tidak membolehkan pengendalian dan kawalan alat
yang selamat dalam situasi yang tak terduga.
Servis
Pastikan alat berkuasa anda diservis oleh orang
yang berkelayakan menggunakan alat ganti sama
sahaja. Ini akan memastikan keselamatan alat
berkuasa akan terjamin.
Amaran keselamatan gerudi berlian
Semasa kerja menggerudi yang memerlukan
penggunaan air, jauhi air daripada kawasan kerja
pengendali atau gunakan alat pengumpulan cecair.
Langkah berjaga-jaga itu dapat memastikan
kawasan kerja pengendali kering dan mengurangkan
risiko kejutan elektrik.
Kendalikan alat berkuasa dengan permukaan
cengkam bertebat apabila melakukan pengendalian
kerana aksesori pemotongan boleh terkena
pendawaian tersembunyi atau kordnya sendiri.
Aksesori pemotongan yang terkena wayar "hidup"
boleh "menghidupkan" bahagian logam alat
berkuasa yang terdedah dan memberikan kejutan
elektrik kepada pengendali.
1188 - 005 - 08.01.2020

Werbung

Inhaltsverzeichnis
loading

Diese Anleitung auch für:

Dm430

Inhaltsverzeichnis